• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Rujuk Keputusan Peguam Negara Kepada PPO

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan merujuk keputusan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang mengarahkan badan itu menutup kes SRC International Sdn Bhd dan dakwaan dana RM2.6 bilion kepada Panel Penilaian Operasi (PPO).

Kenyataan SPRM di sini menyebut pengurusan tertinggi SPRM dalam mesyuarat khasnya hari ini memutuskan untuk membentangkan keputusan Peguam Negara itu kepada PPO dan sebuah lagi panel khas yang akan dilantik untuk penilaian dan pertimbangan.

PPO merupakan satu daripada badan bebas yang dibentuk oleh kerajaan bagi memantau perjalanan SPRM mengikut Akta SPRM 2009.

Antara terma rujukan PPO adalah memberi pendapat berhubung tindakan kes-kes yang diputuskan untuk tidak dituduh oleh Pendakwa Raya, menurut kenyataan SPRM itu.

PPO dipengerusikan Tan Sri Dr Hamid Bugo dan dianggotai Tan Sri Jawhar Hassan, Datuk Zamani Abdul Ghani, Datuk Azizah Arshad, Datuk Wan Abdul Wahab Abdullah, Profesor Dr Normah Omar, Dr Sundramoorthy M.Pathmanathan dan Lim Chee Wee.

Dalam sidang media semalam, Apandi berkata tiada apa-apa kesalahan jenayah dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan siasatan kes SRC International Sdn Bhd dan dakwaan dana RM2.6 bilion itu.

Berikutan itu, ketiga-tiga kertas siasatan berkaitan kes berkenaan dikembalikan kepada SPRM untuk ditutup.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob dalam kenyataan berasingan berkata keputusan SPRM merujuk kepada PPO merupakan prosedur yang diperuntukkan dalam mengurus kes sebelum mana-mana kes ditutup.

Justeru tindakan merujuk kes perdana menteri kepada PPO adalah proses biasa dan tidak sepatutnya ditafsir sebagai menolak keputusan yang diputuskan Peguam Negara, katanya.- BERNAMA

[wpdevart_youtube]vORIABFy4GE[/wpdevart_youtube]

Tags: SPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd