• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siti Nurhaliza Kenang Memori Bersama Almarhum Tunku Jalil

oleh AK-47
14/01/2016
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERSEMPENA dengan sambutan ulang tahun kelahiran penyanyi Nombor Satu negara, Datuk Siti Nurhaliza ke-37 semalam, artis bersuara emas ini sempat berkongsikan memori ulang tahunnya bersama Almarhum Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim Ismail.

Video yang memaparkan Almarhum Tunku Abdul Jalil menyanyikan lagu My Baby You oleh Marc Anthony itu telah dimuat naik oleh penyanyi ini menerusi laman Instagram miliknya semalam.

Menerusi video tersebut, Siti turut meletakkan kapsyen “Birthday present yang takkan saya lupa.. Almarhum Tunku Laksamana Johor nyanyikan lagu kegemaran saya di hari jadi saya.”

Almarhum mangkat 5 Disember lalu akibat penyakit kanser hati di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor.

Video yang dimuat naik Datuk Siti Nurhaliza cukup meninggalkan kesan mereka yang merindukan Almarhum Tunku Jalil.
Video yang dimuat naik Datuk Siti Nurhaliza cukup meninggalkan kesan buat mereka yang merindukan Almarhum Tunku Jalil.

Dalam pada masa sama, penyanyi sensasi ini turut meluangkan masa menyambut ulang tahun kelahirannya ini di Jakarta, Indonesia.

Lebih meriah, sambutan ini turut dihadiri oleh penyanyi terkenal Indonesia iaitu, Kris Dayanti, yang juga merupakan kawan baiknya.

ctdk 1

Datuk Siti Nuhaliza dan kawan baiknya, Kris Dayanti.
Datuk Siti Nuhaliza dan kawan baiknya, Kris Dayanti.

Selain itu, Siti turut menerima kejutan sambutan hari jadi daripada suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, ketika berada di sebuah hotel di Jakarta.

Akhir kata, kami mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada Datuk Siti Nurhaliza, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta teruskan perjuangan menjadi insan seni yang disayangi ramai. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=rx0tZjWsZTU]

 

Tags: HARI JADIKris Dayantisiti nurhaliza
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tema ‘Bunian’ Sambutan Hari Jadi Anak Jutawan Kelantan Cetus Perdebatan Netizen

Tema ‘Bunian’ Sambutan Hari Jadi Anak Jutawan Kelantan Cetus Perdebatan Netizen

31/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR _ Sambutan hari jadi yang didakwa melibatkan anak perempuan seorang jutawan terkenal dari Kelantan menjadi perhatian...

Pakai Jam Tangan Mewah Jutaan Ringgit, Siti Memang Layak

08/11/2021
0

PETALING JAYA – “Dia layak memakainya.” Itu antara respons orang ramai mengenai video tular memaparkan penyanyi nombor satu negara, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd