• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SIS Kecam Pandangan Ulama PAS Isu Rogol

oleh Ahmad Albab
02/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pertubuhan agama propembangkang, Sisters in Islam (SIS) menyelar pandangan ulama PAS bahawa perkahwinan adalah jalan terbaik untuk menangani kes rogol.

SIS dalam satu kenyataan media menegaskan, pandangan oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali itu boleh menjejaskan emosi mangsa kes rogol bawah umur.

“Kenyataan beliau yang menunjukkan bahawa kes-kes rogol bawah umur kebanyakannya kes suka sama suka adalah tidak bertanggungjawab dan mengelirukan

“Rogol tidak boleh menjadi rela walaupun seorang gadis bawah umur tidak menyatakan tidak dalam kes rogol,” kata kenyataan itu hari ini.

Khairuddin dalam satu kenyataan baru-baru ini berkata, perkahwinan adalah ubat paling mujarab untuk menangani isu rogol statutori.

Beliau menyarankan ibu bapa memberi sokongan kepada anak-anak yang ingin berkahwin, manakala kerajaan perlu memberikan bantuan insentif kepada mereka.

Kenyataan Khairuddin itu turut dikecam oleh Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Bagi Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama AMK berkata, perkahwinan tidak boleh menyelesaikan kes rogol.

SIS dalam pada itu menegaskan, Islam tidak membenarkan perkahwinan bawah umur terutama jika ia perogol yang mahu mengahwini mangsanya.

“Perkahwinan dalam Islam adalah tentang cinta, kasih sayang, saling menghormati dan tanggungjawab bersama antara suami dan isteri,” kata kenyataan itu. – mynewshub.cc

Tags: PASSisters In Islam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menolak DAP tidak bermakna menolak kaum Cina kerana politik dan kaum merupakan dua perkara berbeza. Exco Pengajian...

Kenyataan Malaysia Aman Tanpa DAP Sangat Berbahaya, “Malaysia Aman Tanpa Ceramah Politik Pas” – Mahfuz

Kenyataan Malaysia Aman Tanpa DAP Sangat Berbahaya, “Malaysia Aman Tanpa Ceramah Politik Pas” – Mahfuz

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kenyataan 'Malaysia aman tanpa DAP' sangat berbahaya....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd