• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saya Tetap Setia Kepada UMNO – Mukhriz

oleh Ahmad Albab
21/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir menegaskan bahawa beliau tetap setia kepada UMNO dan menolak andaian akan melompat ke parti lain.

Katanya apa yang beliau hendak lakukan ketika ini adalah memperkuatkan parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 supaya UMNO menang lebih besar.

Berucap di majlis perjumpaan bersama anggota UMNO Bahagian Jerlun, di sini hari ini, beliau berkata usaha memperkuat parti memerlukan sokongan dan kerjasama semua pihak agar semua strategi pembangunan dirancang membuahkan kejayaan demi rakyat negeri ini.

Mukhriz, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam, berkata beliau bersedia untuk berundur jika terdapat pemimpin yang lebih baik daripadanya dan mendapat sokongan penuh rakyat.

“Kalau saya buat tak betul dan dirasakan saya ni tak bagus, ada orang yang lebih bagus jadi letaklah siapa-siapa, saya akan sokong selagi orang itu lebih baik daripada saya…boleh diyakini oleh rakyat negeri Kedah ini.

“Kalau tak dak pasal apa nak tukar. Ini bukan soal 14 orang tidak yakin dengan saya, yang penting ialah dua juta rakyat Kedah yakin dengan saya. Bukan saya nak mencabar tetapi saya nak yang terbaik bagi parti dan rakyat negeri Kedah,” katanya.

Beliau berkata tindakan kebanyakan kepimpinan UMNO Kedah menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinannya mungkin disebabkan percakapan beliau yang sedikit telus mengenai perkara-perkara tertentu sehingga menimbulkan rasa tidak senang kepada beberapa pihak.

Semalam, Mukhriz menerima kejutan apabila sekumpulan pemimpin UMNO negeri menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinannya sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]EORd2HriI_M[/wpdevart_youtube]

Tags: Mukhriz MahathirUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kontroversi Puad Cetus Polemik: Wujudkah ‘Parti Anak-Beranak’ Di Malaysia?

Kontroversi Puad Cetus Polemik: Wujudkah ‘Parti Anak-Beranak’ Di Malaysia?

25/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kontroversi membabitkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bertindak keluar parti secara...

Pemuda UMNO Buat Laporan Polis Terhadap Puad Zarkashi

Pemuda UMNO Buat Laporan Polis Terhadap Puad Zarkashi

25/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO akan membuat laporan polis di seluruh negeri Johor terhadap Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd