Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Neymar Terima Trofi Samba...

UNGGUL... Bintang bola sepak terkenal Brazil, Neymar menepati ramalan apabila menerima trofi Samba...

Video Lawak: Bila Si...

SEBAGAI seorang wanita, memiliki bentuk badan ramping dan seksi memang jadi idaman ramai.Hal...

Op Tropicana: SPRM, BNM...

Putrajaya : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang menjejaki aset dan wang,...

Penerbit Filem Maut Semasa...

KUALA LUMPUR - Seorang penerbit filem maut selepas tercampak sejauh 23 meter semasa...

Satu Lagi Mayat PATI Mangsa Lemas Di Tanjung Kelisa Ditemui

JOHOR BAHRU – Satu lagi mayat lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia ditemui terdampar di pantai Tanjung Balau/Sungai Tengah, Kota Tinggi, pagi ini.

Penemuan mayat itu menjadikan keseluruhan mangsa lemas di perairan Tanjung Kelisa, Kota Tinggi, yang ditemukan adalah seramai 23 sehingga kini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata mayat tersebut ditemukan anggota tentera kira-kira 7 pagi tadi, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian dan tiga kilometer menghala pantai Tanjung Balau.

“Mayat itu dibawa ke Balai Polis Bandar Penawar untuk dokumentasi dan akan dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk proses bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan.

Rahmat berkata operasi mencari dan menyelamat kini masih lagi diteruskan dengan melibatkan dua pegawai dan 18 anggota Pasukan Polis Marin serta lima anggota dari Balai Polis Bandar Penawar, Kota Tinggi.


Dalam kejadian dua hari lepas, kesemua mangsa yang menaiki bot pancung dipercayai dari Batam, Indonesia itu dipercayai merancang untuk memasuki negara ini secara tidak sah.

Bot dinaiki lebih kurang 40 orang itu dikatakan terbalik akibat dipukul ombak dan angin kencang menyebabkan kesemuanya terjatuh ke dalam laut.

Selain satu mayat yang ditemukan hari ini, 13 yang lain sudah ditemui terdampar dua hari lepas manakala sembilan lagi dijumpai semalam. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]orKuDdgHOwc[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori