BAGI mereka yang mengikuti filem Harry Potter, pasti merindui zaman semasa Harry membesar. Lebih-lebih lagi waktu dia dibesarkan di rumah keluarga Dursley yang beralamat di 4 Privet Drive.
Menerusi filem pertama Harry Potter ini, Harry yang merupakan anak yatim piatu menetap bersama-sama dengan keluarga mak ciknya, Petunia Dursley serta suami, Vernon Dursley dan anak mereka Dudley.



Kini ada berita gembira buat anda semua yang sememangnya peminat fanatik filem Harry Potter. Rumah di mana Harry membesar kini dibuka untuk kunjungan orang awam.
Ini merupakan satu inisiatif yang dijalankan oleh Warner Bros Studio di Watford, England sempena meraikan ulang tahun ke-15 filem pertama Harry Potter and The Philosopher’s Stone’s diterbitkan.
Rumah yang bakal dibuka kepada orang awam ini turut dilengkapi dengan set sofa lama dan beberapa props yang digunakan sepanjang penggambaran filem pertama Harry Potter ini.
Namun, pameran eksklusif bukanlah dibuka untuk pengunjung sepanjang tahun, ianya hanya akan dibuka dalam tempoh 11 hari bermula 27 Mei sehingga 6 Jun 2016.
Pastinya ini merupakan satu pengalaman yang berbeza buat penggemar filem yang diilhamkan oleh penulis terkenal, J. K. Rowling ini.
Jadi, bolehlah mula menabung sekiranya betul-betul ingin melihat rumah ini. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: Daily Mirror
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=-tLnWEqOziI]