Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Kes Kematian Menantu TPM:...

SEORANG doktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen, Kuala Lumpur, pada Jumaat, di...

“Ambil Saya Jam 6...

KUANTAN - "Ambil saya jam 6 petang," itu kata- kata terakhir Mohammad Farhan...

Bintang TikTok Dihukum Penjara...

KAHERAH - Seorang bintang TikTok ditahan di Mesir, dua hari lalu selepas dia...

Pelajar Tajaan MARA Diingat...

SEMPORNA - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Mohd Shafie...

Edisi Pertama Harry Potter Bakal Dilelong

LONDON – Peminat mampu memiliki edisi pertama ‘Harry Potter and the Philosopher’s Stone’ apabila novel kulit keras berkenaan bakal dilelong di London dengan harga dijangka antara AS$52,000 hingga AS$79,000 (RM212,377 hingga RM322,650).

The Jakarta Post melaporkan, novel fantasi karya JK Rowling itu salinan buku kulit keras pertama dikeluarkan pada 1997, dan sebahagian daripada lelongan anjuran ‘Fine Books, Manuscripts, Atlases and Historical Photographs’ Bonham pada 27 Mac ini.

Edisi khas itu mengandungi beberapa ciri pelik dan kesilapan kecil, termasuk halaman mengandungi butiran penerbit yang menggunakan urutan nombor terbalik iaitu 10 hingga 1; penggunaan perkataan ‘1 wand’ (satu tongkat) pada halaman 53; serta kesilapan ejaan bagi perkataan ‘philosopher’s’ pada bahagian bawah kulit buku.

Ia juga mempunyai tandatangan Rowling pada pelekat yang diletakkan secara longgar di dalamnya.

Novel lain yang turut dilelong seperti salinan pembentangan ‘The Universe in Brief’ oleh Stephen Hawking bersertakan cap jari ahli fizik itu pada halaman pertama selain kontrak perkahwinan antara Edward III dan Philippa Hainault. – Agensi

Kategori