• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Reman Ke Atas 2 Anggota Dipercayai Geng Mamak Disambung 7 Hari

oleh Ahmad Albab
27/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Mahkamah Majistret di sini hari ini melanjutkan tahanan reman selama tujuh hari lagi terhadap dua lelaki dipercayai anggota Geng Mamak dalam kes merempuh beberapa kereta polis di Plaza Tol Changkat Jering, Jumaat (22 Jan) lepas.

Perintah lanjutan tahanan reman bermula esok sehingga 3 Feb depan terhadap dua lelaki itu dikeluarkan Majistret Mohamed Ruhizat Abdullah untuk polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua mereka sebelum ini ditahan reman selama lima hari berakhir hari ini bagi membantu siasatan di bawah akta sama.

Kedua-dua mereka tiba di mahkamah pada pukul 9 pagi tadi.

Dalam kejadian petang Jumaat lalu, seorang lelaki anggota Geng Mamak berumur 38 tahun mati ditembak, manakala dua lagi masing-masing berumur 31 tahun dan 35 tahun ditahan selepas kenderaan dinaiki mereka merempuh beberapa kereta polis di Plaza Tol Changkat Jering.

Suspek yang memandu kereta Volkswagen Passat enggan memberhentikan kenderaan setelah diarah polis sebaliknya bertindak merempuh kereta polis menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan sehingga mengenai bahagian rusuk kiri pemandu. – BERNAMA

Tags: geng mamakpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd