• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek MRT: Pemilik Premis Ampang Park Cabar Keputusan

oleh Ahmad Albab
20/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 39 pemilik premis perniagaan di pusat beli-belah Ampang Park hari ini mendapat kebenaran bagi semakan kehakiman untuk mencabar keputusan Kementerian Wilayah Persekutuan dan tiga pihak lagi yang meluluskan pengambilan tanah bagi projek Mass Rapid Transit (MRT) Lembah Klang Jajaran Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Hanipah Farikullah membuat keputusan itu dalam kamarnya hari ini dengan dihadiri peguam Jason Ng Kau dan Datuk Edward Ng Boon Siong, mewakili kesemua pemilik premis perniagaan berkenaan selaku pemohon.

Jason memberitahu pemberita: “Mahkamah turut mengeluarkan perintah sementara sehingga 29 Februari kepada pentadbir-pentadbir tanah daripada mengambil tanah atau mengeluarkan sebarang award terhadapnya,” katanya, sambil menambah mahkamah turut menetapkan tarikh yang sama untuk pengurusan kes.

Pada 8 Januari lepas, pemohon yang juga pemilik strata terbabit memfailkan permohonan dengan menamakan Kementerian Wilayah Persekutuan, Kerajaan Malaysia, Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dan Pentadbir Tanah WPKL sebagai responden.

Mereka memohon deklarasi bahawa Borang D bertarikh 17 Ogos 2015 dan Borang E bertarikh 22 Oktober 2015 Akta Pengambilan Tanah 1960 yang dikeluarkan responden adalah tidak berperlembagaan, menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah.

Mereka juga memohon diberi kebenaran untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi satu perintah certiorari untuk membatalkan kelulusan tersebut.

Kesemua pemohon turut meminta prosiding bagi tanah itu termasuk keputusan dan award untuk pengambilan tanah digantung serta-merta sehingga semakan kehakiman selesai. – BERNAMA

Tags: Ampang ParkMRT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

16/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Khabar gembira untuk rakyat Malaysia khususnya warga kota apabila mereka boleh menikmati tambang percuma bagi Transit Aliran...

MRT Putrajaya Kemudahan Baharu Pengangkutan Awam Ibu Kota

MRT Putrajaya Kemudahan Baharu Pengangkutan Awam Ibu Kota

16/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Warga kota kini boleh menikmati perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya fasa 2 yang mula dibuka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd