• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tawau Buru Suspek Pecah Rumah & Curi Kenderaan

oleh Ahmad Albab
31/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Pihak polis sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah rumah dan mencuri kenderaan di Kinabatangan pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata kira-kira pukul 10 malam tadi, pihaknya menerima maklumat bahawa suspek yang memandu kenderaan curi jenis Toyota Land Cruiser dilaporkan sedang dikejar kereta peronda daerah luar dan menghala ke bandar Tawau.

Menurutnya, bertindak hasil daripada maklumat itu, pihaknya telah mengadakan sekatan jalan di Batu 10 Bulatan Bandar Sri Indah dekat sini.

“Pada jam 10.50 malam, kereta suspek muncul dengan laju dan merempuh sekatan jalan sebelum polis melepaskan tembakan dan mengejar suspek sehingga Kampung Batu 6, Jalan Apas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata sewaktu dikejar, kenderaan suspek hilang kawalan di persimpangan Jalan Simen dan merempuh pagar rumah orang awam.

“Ekoran itu suspek berjaya melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran.

Polis berusaha mengesan suspek di hutan berhampiran tetapi gagal,” kata Fadil.

Beliau meminta orang ramai agar menyalurkan maklumat sekiranya menemui suspek yang tinggi enam kaki, memakai seluar Jeans paras lutut dan berbaju gelap dengan menghubungi Polis Tawau di talian hotline 089-772121. – BERNAMA

Tags: pecah rumahpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd