• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan 5 Rakyat Asing Disyaki Sindiket Ragut

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Polis menahan lima rakyat asing, disyaki anggota sindiket ragut, yang datang ke Pulau Pinang semata-mata untuk meragut penganut Hindu semasa perayaan Thaipusam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridaltarash Wahid berkata empat wanita dan seorang lelaki itu ditahan secara berasingan di sekitar George Town sejak pukul 9 pagi, semalam.

“Enam wanita berusia 50 hingga 70 tahun membuat laporan polis apabila menyedari rantai emas yang mereka pakai hilang selepas selesai menyertai perarakan membawa arca Dewa Murugan yang bergerak pada 6 pagi dari kuil di Lebuh Pantai ke kuil di Jalan Kebun Bunga, semalam,” katanya kepada pemberita di sini Ahad.

Beliau berkata susulan kejadian itu, polis menubuhkan pasukan khas dan berjaya mengesan dua wanita di Lebuh Pantai, sebelum menahan tiga lagi rakannya yang disyaki terlibat dalam kejadian ragut itu, semalam.

Empat wanita rakyat India dan seorang lelaki Sri Lanka berusia antara 30 dan 42 tahun yang ditahan itu merupakan anggota sindiket ragut dan dipercayai tiba di Pulau Pinang Jumaat lepas, semata-mata untuk menjalankan kegiatan itu, katanya.

Beliau berkata polis sedang mengesan beberapa lagi anggota sindiket terbabit yang dipercayai masih berada di sekitar kawasan sambutan Thaipusam di negeri ini.

“Ekoran kejadian itu polis meningkatkan kawalan di semua kawasan sambutan Thaipusam dan saya nasihatkan semua pengunjung supaya lebih berhati-hati kerana anggota sindiket itu sangat licik sehingga mangsa langsung tidak menyedari mereka diragut,” katanya. – BERNAMA

Tags: kes ragutpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd