• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Melaka Tumpaskan ‘Geng Bordok’

oleh Ahmad Albab
08/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JASIN – Polis Melaka menumpaskan ‘Geng Bordok’ dengan tertangkapnya tujuh anggota geng berkenaan yang disyaki terlibat dengan 17 kes pecah rumah dan satu kes curi motosikal di daerah ini sejak pertengahan 2014.

Ketua Polis Daerah Jasin DSP Sampornak Ismail berkata seorang daripada anggota geng itu ditahan di Kampung Parit Sialang, Sungai Rambai di sini pada 2 pagi 29 Dis lepas.

“Susulan penahanan suspek itu, kita menahan enam lagi rakannya di sekitar Merlimau dan Sungai Rambai termasuk ketua kumpulan itu yang bernama Bordok.

“Kesemua suspek yang berusia 17 hingga 30 tahun mengaku terlibat dalam semua kes itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Selain itu, polis turut merampas komputer riba, barang kemas, telefon pintar dan jam tangan mewah daripada mereka.

Sementara itu, beliau berkata polis menahan dua lelaki yang terlibat dengan kes samun kedai serbaneka dan dua lagi lelaki yang terbabit dalam kes samun warga Bangladesh, kedua-duanya di Jasin Bestari di sini.

“Semua barang yang dirampas daripada mereka dianggarkan RM80,000,” katanya. – BERNAMA

Tags: penjenayahpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd