• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Jejak Suspek Kes Buang Janin Di Dalam Loji Kumbahan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Polis sedang menjejaki seorang wanita dipercayai ibu kepada janin yang dibuang di loji rawatan kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) di Taman Mutiara, Sg. Bedaun di sini semalam.

Janin perempuan berusia kira-kira empat atau lima bulan dan masih bertali pusat itu ditemui pekerja IWK yang melakukan kerja pembersihan penapis kira-kira 11.35 pagi semalam sebelum memaklumkan kepada penyelianya dan polis.

Pemangku Ketua Polis Labuan DSP Mohd Ibrahim Mohd Ghani berkata siasatan sedang dijalankan dan beliau meminta orang ramai tampil membuat laporan sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkaitan.

“Ini mungkin kes menggugurkan kandungan. Kami telah hantar janin itu untuk bedah siasat dan kini siasatan dimulakan,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Mohd Ibrahim berkata pihaknya percaya bayi pramatang itu ditinggalkan di loji kumbahan lebih dari tempoh 24 jam memandangkan kerja penyenggaraan terakhir dilakukan pada 8 Jan.

“Sehingga kini tiada tangkapan dibuat. Kami percaya suspek bertanggungjawab dalam kes ini mungkin tinggal di perumahan kos rendah dan sederhana,” katanya.

Mohd Ibrahim berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran bayi. – BERNAMA

Tags: janinpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd