Gara-gara mahu mencuba kemahiran sebagai DJ, seorang anggota polis telah dikecam teruk oleh netizens apabila gambarnya itu dimuatnaik dalam internet.
Konstabel kanan Paul Silvy dari Pasukan Operasi Polis New York, sedang bertugas menjalankan rondaan di satu festival apabila dia melihat DJ di situ sedang tidur.
Paul kemudiannya memutuskan untuk merakamkan gambarnya. Apabila gambar itu dimuatnaik dalam Facebook Polis Victoria, dia menerima kecaman ramai.
“Saya tidak bayar cukai hanya semata-mata untuk ini.
“Polis Victoria lebih suka berparti daripada melakukan kerja?,’’ demikian antara kritikan yang diterimanya.
Ketika ditanya mengenai keadaan itu, Paul berkata, dia tidak menyangka perkara itu akan berakhir dengan kecaman ramai.
Namun Paul tidak mengendahkan kecaman ramai kerana baginya setiap orang mempunyai pandangan tersendiri.
“Setiap orang ada pandangan mereka. Kita selalu melibatkan diri dengan pengunjung dalam fastival dan ini merupakan sebahagian daripadanya,’’ katanya.

