Friday, March 1, 2024

Creating liberating content

Jamal Tawar Diri Terajui...

KELANA JAYA - Ketua kumpulan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md. Yunos tampil...

Remaja Perempuan Dipercayai Diculik...

KUALA LUMPUR - Seorang remaja perempuan dipercayai diculik dua lelaki di persimpangan Jalan...

Kisah Di KFC Yang...

SEBUAH kisah benar yang menarik ini asalnya telah dikongsikan di pautan Facebook Riff...

Puteri UMNO Fokus Agenda...

ALOR GAJAH - Puteri UMNO akan fokus pada aturan agenda dan strategi dalam...

Polis Buru Individu Lari Dari Lokap Di Kangar

KANGAR – Seorang individu yang melarikan diri semasa disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar semalam atas tuduhan mencuri sedang diburu.

Lelaki itu yang dikenali sebagai V Baskaran, 39, dari Pokok Sena, Kedah dilapor melarikan diri kira-kira 12.15 tengah hari semasa disoal siasat oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Kangar.

Dia yang didakwa mencuri dalam sebuah bangunan di Kangar tiga hari lepas dikatakan meminta anggota polis untuk membawanya ke bilik air.

Menurut sumber polis, sebaik tiba di tandas, lelaki itu menolak anggota polis tersebut sehingga terjatuh sebelum dia melarikan diri.


Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, DSP Zaini Talib mengesahkan kejadian itu dan berkata tangan lelaki itu masih bergari semasa melarikan diri ke kawasan bandar Kangar dengan berpakaian lokap.

Gerakan memburunya sedang dipergiatkan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki itu diminta menghubungi IPD Kangar di talian 04-9082222 atau mana-mana balai polis. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori