• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Berjaya Batal Saman PKR Kes Belanja PRU-13

oleh
23/01/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan tiga yang lain pada Khamis berjaya membatalkan saman difailkan PKR atas dakwaan berbelanja berlebihan dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd. Zaki Abdul Wahab membenarkan permohonan Najib, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membatalkan saman itu.

Ini selepas ia mendapati writ saman dan pernyataan tuntutan plaintif tidak dapat dipertahankan dari segi undang-undang.

Mohd. Zaki memerintahkan kelima-lima plaintif membayar kos sebanyak RM15,000 masing-masing kepada Najib dan Tengku Adnan manakala RM10,000 bagi 1MDB dan RM10,000 kepada SPR.

Plaintif dalam saman itu ialah Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim, yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana sabitan kes liwat; anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; anggota Parlimen Batu, Tian Chua; bekas Setiausaha Agung, PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan anggota Gerakan Harapan Baru, Dr. Dzulkefly Ahmad.

Pada 12 Ogos tahun lepas, mereka memfailkan saman terhadap Najib atas dakwaan berbelanja berlebihan dalam kempen PRU13 dan melanggar undang-undang pilihan raya.

Dalam keputusannya, Mohd. Zaki berkata plaintif tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan saman itu terhadap Najib dan Tengku Adnan kerana kesemua plaintif bukanlah pegawai awam atau pemegang jawatan dalam PKR.

Katanya, mengikut Seksyen 9(c) Akta Pertubuhan 1966, sebarang prosiding terhadap sesebuah pertubuhan atau pemegang jawatannya hanya boleh dibawa oleh pegawai awam atau pemegang jawatan dalam pertubuhan itu.

“Plaintif pertama (Anwar) bukanlah pegawai awam atau pemegang jawatan dalam pertubuhan itu manakala plaintif lain pula mereka perlu tunjukkan kepentingan untuk membawa tindakan ini, tetapi mereka hanya berasaskan hak mereka sebagai calon pilihan raya,” katanya.

Berhubung tuntutan plaintif supaya mahkamah itu membuat pengisytiharan mengenai salah laku jenayah defendan pertama (Najib) berhubung isu 1MDB, Mohd. Zaki berkata mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk membuat perisytiharan itu.

“Hanya Peguam Negara yang boleh memulakan atau membuat tindakan jenayah. Berdasarkan keputusan kes terdahulu adalah sangat jelas sesuatu kes sivil tidak boleh melaksanakan bidang kes jenayah. Keputusan itu masih mengikat mahkamah ini,” katanya.

Datuk Mohd Zaki berkata plaintif juga tidak mempunyai locus standi untuk memohon mahkamah mengisytiharkan UMNO adalah sebuah pertubuhan tidak sah kerana hanya Pendaftar Pertubuhan yang boleh berbuat demikian mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan.

Katanya, mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk membuat perisytiharan itu.

Mengenai dakwaan plaintif berhubung dana RM2.6 bilion itu, Mohd. Zaki berkata plaintif tidak mengemukakan fakta mengenai dakwaan mereka itu di dalam afidavit sebaliknya butir-butir mengenai perkara itu hanya cakap dengar.

“Afidavit yang mengandungi butir-butir dengar cakap tidak boleh dijadikan penggantungan di writ saman, oleh itu writ saman itu tidak boleh dipertahankan,” katanya.

Mohd. Zaki berkata plaintif juga gagal mempertahankan tuntutan mereka supaya mahkamah sivil membuat perisytiharan bahawa keputusan PRU13 adalah tidak sah dan terbatal, kerana mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa berbuat demikian.

“Hanya Mahkamah Pilihan Raya yang mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan tuntutan plaintif itu. Berdasarkan alasan-alasan tersebut, mahkamah membenarkan permohonan kesemua defendan untuk membatalkan saman plaintif,” kata Mohd Zaki.

Di luar mahkamah, peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun mewakili Najib dan Tengku Adnan memberitahu pemberita bahawa dengan keputusan itu, beliau berharap semua isu membabitkan RM2.6 bilion akan dihentikan. - BERNAMA

Tags: SPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

20/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 42,464 nama warganegara berusia 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, dari 1 hingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd