KUALA LUMPUR – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail secara terbuka mengakui matlamat parti itu adalah semata-mata untuk menumbangkan kerajaan.
Sehubungan itu, beliau menggesa seluruh ahli dan penyokong pembangkang supaya terus mengekalkan kerjasama politik sesama mereka.
“Kita berharap agar semua pemimpin dan anggota berusaha mengekalkan hubungan dengan semua pihak agar matlamat kita untuk menjatuhkan kerajaan dapat digalas bersama.
“Untuk itu setiap cabang mesti perkukuhkan jentera dan kekuatan di peringkat ranting, daerah mengundi, kampung dan taman-taman,” katanya seperti disiarkan di laman Facebook beliau semalam.
Kenyataan itu dikritik seorang pengguna Facebook yang mempersoalkan sama ada PKR ditubuhkan semata-mata untuk mengajar masyarakat untuk menumbangkan kerajaan.
“Kalau mahu perubahan berganding bahu untuk majukan malaysia bukan dengan cara menjatuhkan. Kenyataan berbau kehancuran.
“Anda masih boleh berjalan, membuat provokasi di malaysia. Dimana zalimnya kerajaan yang anda kata,” katanya. – Mynewshub.cc

