• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petronas Ambil Langkah Kurangkan Kos Secara Drastik

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Menerusi nota yang agak berterus terang kepada para pekerja, orang nombor satu syarikat minyak nasional – Petroliam Nasional Bhd. membangkitkan mengenai keperluan untuk melakukan satu lagi pusingan pengurangan kos.

Sehubungan itu syarikat berkenaan terpaksa melaksanakan beberapa keputusan yang sukar dan drastik.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, Petronas akan melaksanakan rasionalisasi tenaga kerja dan perubahan dalam model perniagaan untuk menangani kesan daripada jatuh harga minyak mentah.

Syarikat itu, yang telah menurunkan perbelanjaan operasi (opex) dan perbelanjaan modal (capex) sejak awal tahun lalu dan mempunyai kekuatan kakitangan yang dilaporkan seramai 51,000 akan mengkaji sekali lagi perbelanjaannya.

Kali ini ia mensasarkan untuk mengurangkan sehingga RM50 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang dan menangguhkan beberapa projek-projeknya.

Dalam nota yang dihantar kepada kakitangan pada petang Isnin dan diedarkan secara meluas di media sosial, Wan Zulkiflee turut melahirkan kebimbangan mengenai nasib pekerjanya.

Wan Zulkiflee, 55, yang mengambil alih jawatan pada April tahun lepas berkata syarikat itu telah mula mengkaji semula jawatan kontrak tidak kritikal hingga kepada aktiviti perniagaan terasnya sebagai langkah awal untuk mengurangkan kos tenaga kerja.

“Rakan-rakan, rakan sekerja. Pada masa seperti ini, saya tahu bahawa terdapat banyak soalan dan kebimbangan. Saya tidak boleh memberikan anda jaminan bahawa semuanya akan baik tetapi ini adalah komitmen saya dan pasukan kepimpinan saya untuk terus memaklumkan kepada anda perkembangan ini secara berterusan,” katanya.

Tahun lepas, Petronas memotong perbelanjaan modal sebanyak 30 peratus dan opex sebanyak 20 peratus.

Selain mengurangkan perbelanjaan, Wan Zulkiflee turut menyentuh mengenai perubahan dalam model perniagaan Petronas untuk meningkatkan kecekapan dan bertindak balas kepada persekitaran harga yang rendah. – mStar Online

Tags: Ekonomipetronas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kembalikan BUDI95 Kepada 300 Liter, PMX Perlu Fahami Tekanan Ekonomi Rakyat – Lim Guan Eng

Kembalikan BUDI95 Kepada 300 Liter, PMX Perlu Fahami Tekanan Ekonomi Rakyat – Lim Guan Eng

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengurangan kuota Budi Madani RON95 (BUDI95) daripada 300 liter kepada 200 liter adalah satu keputusan yang tidak...

Bangladesh Minta Bantuan Malaysia Bekalkan LNG – PMX Anwar

Bangladesh Minta Bantuan Malaysia Bekalkan LNG – PMX Anwar

28/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Bangladesh memohon bantuan Malaysia membekalkan gas asli cecair (LNG) bagi membantu memenuhi keperluan mendesak negara itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd