• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Persatuan Kebangsaan Bantah Syarat Lesen Untuk Jual Rokok

oleh Ahmad Albab
20/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Enam persatuan utama di negara ini hari ini menyatakan bantahan mereka ke atas cadangan pelaksanaan lesen pengedaran tembakau dan keluaran tembakau.

Dalam satu kenyataan hari ini, Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia Singapura (MSCSPGA), berkata persatuan itu yang mewakili lebih 180,000 peruncit, telah mengemukakan petisyen bersama kepada kerajaan supaya menimbang semula cadangan itu.

“Walaupun Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa keputusan belum dibuat mengenai perkara itu, MSCSPGA mengemukan petisyen itu memandangkan penguatkuasaan berkenaan akan memberi kesan kepada banyak perniagaan di negara ini.

“Selain itu, kami juga menyuarakan kebimbangan mengenai cadangan itu memandangkan keperluan pelesenan yang dicadangkan itu tidak termasuk peruncit di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Pada masa yang sama, persatuan juga menyuarakan kebimbangan mengenai proses permohonan yang didakwa akan membebankan peruncit memandangkan kehadiran Lembaga Kenaf dan Tembakau, agensi di bawah kementerian yang diamanahkan dengan pengeluaran lesen, hanya beroperasi di beberapa negeri sahaja.

“Ini mungkin memerlukan peruncit membuat perjalanan jauh ke negeri jiran untuk memohon lesen,” kata MSCSPGA.

Enam persatuan kebangsaan itu terdiri daripada MSCSPGA, Persatuan Pemilik Restoran India Malaysia, Persatuan Pemilik Restoran Islam Malaysia, Persekutuan Persatuan Saudagar Barangan Runcit Malaysia, Persatuan Pemborong dan Peruncit Islam Malaysia dan Gabungan Persatuan Penjaja-Penjaja Dan Peniaga-Peniaga Kecil Malaysia. – BERNAMA

Tags: NGORokok
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dapatkan Sumbangan Beli Tanah Untuk Kuil Haram Daripada Menyibuk Hak Muslim – Firdaus Wong

Dapatkan Sumbangan Beli Tanah Untuk Kuil Haram Daripada Menyibuk Hak Muslim – Firdaus Wong

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung mempersoalkan mengapa Senator DAP, RA Lingeshwaran dan badan bukan...

RM306,000 Disalurkan Kepada NGO Dan Kuil Di Kulai – Teo Nie Ching

RM306,000 Disalurkan Kepada NGO Dan Kuil Di Kulai – Teo Nie Ching

08/06/2026
0

KULAI - Sebanyak RM306,000 telah disalurkan oleh Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kulai bagi menyokong pelbagai aktiviti badan bukan kerajaan (NGO)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd