• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perompak Pecahkan 2 Mesin ATM, Larikan RM284,000

oleh Ahmad Albab
21/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Sekumpulan empat lelaki bertopeng melarikan RM284,000 selepas memecahkan dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah pasar raya di Bandar Baru Nilai di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Zaldino Zaludin berkata polis percaya perompak terbabit menggunakan gas Oxy-Acetelyne untuk pecahkan mesin berkenaan.

Katanya dalam kejadian pada kira-kira 4.25 pagi itu, penjenayah terbabit telah menahan seorang pengawal keselamatan yang sedang meronda dan mengikat tangan dan kakinya sebelum ditinggalkan di dalam belukar di belakang bangunan pasar raya itu.

“Manakala dua lagi pengawal keselamatan yang berada di hadapan pasar raya itu tidak menyedari kejadian itu. Kumpulan penjenayah terbabit yang masuk ke dalam pasar raya melalui pintu kecemasan, mengambil masa kira-kira sejam untuk memecah dua mesin ATM dan melarikan wang berjumlah RM284,000,” katanya di sini hari ini.

Katanya polis akan meneliti kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di pasar raya itu serta turut menahan pengawal keselamatan terbabit untuk membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: mesin ATMpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd