• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlis Mungkin Catu Air Jika Fenomena El Nino Berlanjutan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Kerajaan Perlis mungkin mencatu bekalan air jika kemarau akibat fenomena El Nino yang melanda negara sekarang berlanjutan, kata Pengerusi Jawatankuasa Sumber Asli dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Mat Rawi Kasim.

Menurut beliau catuan tidak dapat dielakkan sekiranya paras air di Empangan Timah Tasoh dan sungai yang menyusut sejak dua minggu lepas terus susut.

“Penduduk Perlis diminta bersedia jika catuan terpaksa dibuat dan berjimat menggunakan air,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Sumber utama air penduduk di selatan Perlis diperolehi dari sungai dan terusan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) manakala di utara Perlis menerima bekalan dari Empangan Timah Tasoh.

Mat Rawi berkata kali terakhir Perlis dilanda kemarau teruk pada pertengahan tahun 70-an semasa Empangan Timah Tasoh belum dibina.

Sehubungan itu beliau meminta Syarikat Air Perlis (SAPs) membuat pemantauan menyeluruh di seluruh negeri untuk mengesan dan membaiki paip-paip yang bocor dengan segera.

Beliau mengingatkan orang ramai tidak melakukan pembakaran terbuka dalam keadaan kemarau sekarang bagi mengelak api merebak dengan cepat dan memerlukan banyak air untuk memadamkannya.

Jabatan Meteorologi meramalkan Perlis dan Kedah paling teruk menerima ancaman El Nino yang berkemungkinan berlarutan hingga penghujung April ini. – BERNAMA

Tags: El NinoPerlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Five-Nation Stamp Exhibition Perlis 2026 Set to Attract Visitors to Kangar

Five-Nation Stamp Exhibition Perlis 2026 Set to Attract Visitors to Kangar

22/09/2026
0

KANGAR, PERLIS — The Five-Nation Stamp Exhibition Perlis, Malaysia 2026 will be held from 25th to 27th September 2026 at...

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil memberi ulasan berhubung kes sebuah badan bukan kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd