• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penoreh Semakin Tertekan, Harga Getah Jatuh

oleh Ahmad Albab
03/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Masalah kejatuhan harga komoditi getah kini semakin membebankan dan memberi tekanan kepada peladang serta pekebun kecil, ditambah pula dengan keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Harga getah yang terus merudum menjejaskan kehidupan mereka apatah lagi hingga kini, belum ada tanda harga akan pulih semula ditambah pula musim hujan yang mula melanda Pantai Timur.

Pertengahan Oktober lalu, harga getah dilaporkan berada pada RM2.20 bagi setiap kilogram dan ianya menyebabkan kehidupan rakyat yang menoreh getah sebagai sumber pendapatan semakin terhimpit.

Penoreh, Zainun Ibrahim, 41, dari Kampung Kubang Bujuk berkata, harga getah yang semakin turun akhir-akhir ini memberi tekanan, terutama kepada keluarga yang bergantung sepenuhnya pada pendapatan daripada hasil getah.

Menurutnya, masalah ini bertambah perit bagi mereka yang menoreh secara sistem pawah, yang mana hasil diperoleh dibahagikan pula dengan pemilik kebun getah.

“Setiap kilogram getah, iaitu harga semasa (RM2 hingga RM2.20) saya akan peroleh sekitar RM1 sahaja. Tetapi, saya sudah hampir dua bulan tidak menoreh kerana keadaan cuaca yang tidak menentu ini.

“Jika menoreh juga ketika ini, susu getah berisiko rosak kerana dimasuki air hujan dan walaupun hujan sekejap, batang getah yang basah tetap tidak boleh ditoreh. Hasilnya pula tidak seberapa. Bukan saya sahaja, rata-rata penoreh berhenti rehat sementara dan akan mula menoreh, apabila musim hujan reda,” katanya yang mempunyai empat anak yang kesemuanya masih bersekolah.

Suami Zainun, Lokman Imran, 41, yang turut menoreh getah sebagai kerja sampingan bagi menambah pendapatan keluarga berkata, jika dahulu kebun getah sentiasa cerah kerana aktiviti menoreh getah dijalankan secara aktif, malah turut disertai anak-anak muda dan mereka yang mempunyai pekerjaan tetap.

“Tetapi sekarang, kebun (getah) dipenuhi semak samun. Ketika harga getah tinggi, saya sendiri juga turut membantu isteri menoreh, kerana tidak sempat jika dia dibuat sendirian.

“Jam 3 pagi saya akan ke kebun (getah) dan menoreh sehingga Subuh, dan saya akan pulang untuk ke tempat kerja pagi esoknya. Tetapi apabila harga getah semakin menurun, hanya sesekali saya membantu, kerana tenaga yang dicurah tidak sepadan dengan hasil diperoleh,” katanya.

Namun, dia mengakui dengan pendapatan menoreh sebelum ini banyak membantu mereka sekeluarga untuk menikmati kehidupan lebih selesa, tetapi kini hidup mereka bergantung sepenuhnya pendapatan sebagai tukang rumah. – Sinar Harian Online

Tags: getahPekebun Kecil
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peruntukan RM676.4 Juta Untuk Pekebun Kecil

Peruntukan RM676.4 Juta Untuk Pekebun Kecil

02/03/2023
0

KUALA LUMPUR - Belanjawan 2023 menyaksikan peruntukan sebanyak RM676.4 juta disalurkan kepada Pihak Berkuasa Kemajuan Perusahaan Kecil Getah (RISDA). Ikuti...

Risda Laksana Pemutihan Data Pekebun Kecil

Risda Laksana Pemutihan Data Pekebun Kecil

22/02/2023
0

KUALA LUMPUR - Pihak Berkuasa Kemajuan Perusahaan Kecil Getah (Risda) sedang giat melaksanakan pemutihan data pekebun kecil pada tahun ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd