Tuesday, February 27, 2024

Creating liberating content

BERSATU Selangor Sahkan ADUN...

SHAH ALAM - Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Selangor, Datuk Abdul Rashid...

Maszlee Mungkin Menteri Semula...

KUALA LUMPUR - “Sebaik sahaja Maszlee meninggalkan kabinet perdana menteri sedia ada, beliau...

Kes Bunuh: Pengawal Mengaku...

GEORGE TOWN - Seorang pengawal peribadi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Kassim Ahmad Bikin Panas...

SIAPA yang tidak kenal dengan Dr. Kasim Ahmad, aktivis sosial dan penganalisis politik...

Pengubahsuaian Bajet 2016 Jimatkan RM9.0 Billion

KUALA LUMPUR – Kerajaan hari ini mengumumkan 11 langkah penstrukturan dan pengubahsuaian kepada Bajet 2016, yang akan menjimatkan RM9.0 bilion dari segi perbelanjaan operasi dan pembangunan, yang diumumkan pada Oktober 2015.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan peruntukan berjumlah RM267.2 bilion dalam Bajet 2016, dengan perbelanjaan operasi berjumlah RM215 bilion manakala perbelanjaan pembangunan berjumlah RM49 bilion.

Ketika mengumumkan pengubahsuaian Bajet 2016 di Putrajaya hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sasaran kadar defisit untuk 2016 kekal pada 3.1 peratus berbanding KDNK seperti yang diumumkan sebelum ini.

Beliau menegaskan Malaysia tidak mengalami kemelesetan ekonomi mahu pun kemelesetan teknikal.

Bagaimanapun, unjuran pertumbuhan KDNK 2016 disemak semula kepada 4.0 hingga 4.5 peratus dengan andaian purata harga minyak mentah Brent pada US$30 hingga US$35 dolar Amerika setong.

Najib berkata kadar hutang negara akan terus berkurangan dan tidak melebihi paras berhemat 55 peratus kepada KDNK.


Dasar monetari juga adalah akomodatif dan kadar faedah dikekalkan pada paras yang menyokong kegiatan ekonomi dalam negeri.

Ini bermakna kerajaan tidak akan mengenakan kawalan modal dan tambatan ringgit.- BERNAMA

[wpdevart_youtube]pDK7GZPIvag[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori