• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlis Tidak Terjejas Dengan Pengubahsuaian Bajet – Azlan Man

oleh Ahmad Albab
01/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Perlis tidak terkesan dengan pengubahsuaian Bajet 2016 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini malah pelaksanaan projek pembangunan akan mengikut jadual.

Malah Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berkata kerajaan negeri tidak dimaklumkan mengenai sebarang pemotongan bajet atau peruntukan projek-projek untuk tahun ini yang telah diluluskan kerajaan pusat.

“Insya-Allah, projek-projek yang dirangka akan dilaksanakan bermula dengan kajian dan sedikit pembangunan fizikal,” katanya merujuk kepada pembangunan Lembah Chuping sebagai kawasan industri tinggi berteknologi hijau, katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan jabatan dan agensi kerajaan negeri serta persekutuan di sini hari ini. Perhimpunan itu dihoskan Pejabat Kewangan Negeri.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri Hamdan Bahari, anggota-anggota Exco serta Setiausaha Kerajaan Negeri Ahmad Zamri Khairuddin.

Menurut Menteri Besar, Pusat Transformasi Bandar (UTC) akan dilaksanakan sebagaimana dirancang menjelang akhir tahun ini dan dikenal pasti dibina di tapak pasar Sena di sini.

“Kementerian Kewangan pada dasarnya telah bersetuju dengan pemilihan tempat cuma konsepnya perlu diubah suai kerana Perlis tidak sama seperti negeri-negeri yang besar,” kata Azlan.

Beliau ditanya mengenai saranan Duta Thailand ke Malaysia, Damrong Kraikruan baru-baru ini supaya Perdana Menteri negara-negara anggota kawasan pertumbuhan Segi Tiga Malaysia-Thailand-Indonesia (IMT-GT) memberi lonjakan supaya perancangan di kawasan itu dilaksanakan.

“IMT-GT adalah bentuk kerjasama antara negara-negara terlibat dan terserah kepada inisiatif masing-masing melaksanakan apa yang telah bincangkan. Siapakah pemainnya. Ini yang perlu ditekankan,” katanya.

Dalam konteks Perlis, Azlan berkata pembangunan Lembah Chuping dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) adalah sebahagian keputusan IMT-GT.

Pegawai Kewangan Negeri, Mohamad Ismail ketika berucap pada perhimpunan itu pula berkata kerajaan pusat melakukan pengubahsuaian Bajet 2016 bagi memastikan pertumbuhan ekonomi terus dapat dijana agar kesejahteraan rakyat terpelihara.

Dalam konteks Perlis, Perbendaharaan Negeri mengambil tindakan responsif dan tegas bagi mencapai kecekapan yang efektif pada tahap maksimum menghadapi cabaran ekonomi yang mencabar, katanya.

Mohamad berkata tindakan diambil bagi mengatasi tunggakan kutipan hasil yang tinggi iaitu RM23.4 juta pada tahun lepas walaupun terdapat penurunan 1.4 peratus atau RM320,000 berbanding RM23.7 juta pada tahun 2014. – BERNAMA

Tags: Azlan ManBajet 2016
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azlan Man Hadapi 5 Tuduhan Tuntutan Palsu Lebih RM1.18 Juta

Azlan Man Hadapi 5 Tuduhan Tuntutan Palsu Lebih RM1.18 Juta

10/04/2023
0

KANGAR: Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, terhadap lima pertuduhan...

Shahidan Kassim Digantikan Azlan Man

25/04/2021
0

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man mengantikan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim selaku Pengerusi Badan Perhubungan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd