• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengubahsuaian Bajet 2016: PKS Perlu Rebut Peluang Kembang Pasaran

oleh Ahmad Albab
31/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) digesa merebut peluang daripada Pengubahsuaian Bajet 2016 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini untuk mengembangkan pasaran dan meningkatkan sumbangan hasil kepada negara.

Presiden Tunas Usahawan Belia Terengganu (PATUT), Amir Long berkata, ini memandangkan kerajaan telah menyenaraikan beberapa program bagi menyokong PKS menerusi agensinya seperti SME Corp Malaysia dan MATRADE untuk memajukan lagi perniagaan usahawan PKS di negara ini.

“Usahawan perlu merebut peluang hasil usaha agensi kerajaan seperti program ‘Mid-Tier’ dan ‘Go-Export’ untuk membolehkan PKS yang berpotensi memasarkan produk dan perkhidmatan masing-masing ke luar negara dengan bantuan geran yang disediakan.

“Saya percaya program ‘Mid-Tier’ yang diperkenalkan oleh SME Corp Malaysia akan membantu PKS Bumiputera, terutamanya yang masih baharu untuk lebih bersedia menghadapi Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC).

“Peruntukan sebanyak RM40 juta itu akan mampu memberi manfaat kepada lebih 100 PKS Bumiputera dan berpeluang mengeksport ke negara luar,” katanya kepada Bernama hari ini.

Menerusi pengubahsuaian bajet itu, Exim Bank Bhd juga telah meningkatkan dana untuk pembiayaan sebanyak RM500 juta bagi meningkatkan kemudahan jaminan kredit untuk perdagangan yang akan membantu beberapa PKS bersaiz kecil bagi meningkatkan kapasiti mereka.

Selain itu kerajaan juga menyediakan mekanisme rundingan melalui Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil dan Jawatankuasa Penstrukturan Semula Hutang Korporat di bawah Bank Negara Malaysia bagi membantu PKS yang menghadapi masalah kewangan disebabkan oleh persekitaran ekonomi semasa yang mencabar.

Amir berkata PKS perlu sentiasa proaktif mengenal pasti peluang baharu di pasaran luar terutamanya di rantau ASEAN dan tidak hanya bergantung kepada pasaran domestik semata-semata.

Tambah beliau, walaupun penurunan harga minyak mentah dunia dan pertukaran asing yang lemah, kerajaan dilihat berusaha mencari kaedah untuk memanfaatkan ringgit yang lebih rendah, terutamanya bagi memastikan PKS dapat mempromosikan produk mereka di peringkat antarabangsa.

“Oleh yang demikian, PKS perlu memanfaatkan semua kepakaran yang sedia ada dengan menawarkan harga yang kompetitif kepada pasaran,” katanya.

Menurutnya, PKS dijangka mampu meningkatkan sumbangan eksport kepada keluaran dalam negara kasar Malaysia kepada 23 peratus pada 2020 daripada 17.6 peratus pada masa ini. – BERNAMA

Tags: Bajet 2016
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tidak Perlu Pengubahsuaian Bajet Lagi Buat Masa Ini

19/02/2016
0

SAN FRANCISCO - Tidak ada keperluan bagi pengubahsuaian seterusnya Bajet 2016 buat masa ini kerana harga minyak mentah dijangka stabil...

Perlis Tidak Terjejas Dengan Pengubahsuaian Bajet – Azlan Man

01/02/2016
0

KANGAR - Perlis tidak terkesan dengan pengubahsuaian Bajet 2016 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini malah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd