• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penguat Kuasa MBPP Buat Laporan Polis Dikasari Pemandu Teksi

oleh Ahmad Albab
16/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seorang penguat kuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) membuat laporan polis selepas dikasari seorang pemandu teksi ketika sedang menjalankan tugas di hadapan perhentian teksi di Persiaran Gurney, di sini Jumaat malam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata dalam kejadian 8.30 malam itu, penguat kuasa berusia 28 tahun berkenaan sedang menjalankan tugas bersama dua lagi rakannya di kawasan tersebut.

Kejadian itu berlaku selepas penguat kuasa berkenaan meminta pemandu teksi tersebut mengalihkan kenderaannya yang diletakkan dalam keadaan berlapis, bagaimanapun tidak diendahkan lelaki itu, katanya di sini Sabtu.

Katanya penguat kuasa itu mengambil tindakan mengunci tayar teksi berkenaan dan tiba-tiba pemandunya memarahi mangsa dengan nada yang tinggi dan terus menarik mangsa hingga ke trak MBPP yang terletak di laluan bertentangan.

Mior Faridalatrash berkata semasa di trak MBPP itu pemandu teksi berusia lingkungan 50-an itu terus memarahi penguat kuasa berkenaan serta meminta kad pengenalan dan kad kuasa lelaki itu.

Katanya kejadian itu berjaya dileraikan selepas anggota polis yang membuat rondaan di kawasan berkenaan menyelesaikan masalah berkenaan.

Mior Faridalatrash berkata pemandu teksi yang terlibat dalam kejadian itu turut membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

Polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, katanya.

Sementara itu, video kira-kira seminit yang memaparkan seorang pemandu teksi menarik dan cuba mengasari penguat kuasa MBPP menjadi viral di laman sosial Facebook. Pemandu terbabit juga turut memarahi penguat kuasa terbabit. – BERNAMA

Tags: MBPPpemandu teksi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Teksi Sedih Anwar Dipenjarakan

Pemandu Teksi Sedih Anwar Dipenjarakan

03/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbau kembali detik sukar yang pernah dilaluinya, tetapi golongan pemandu teksi...

Pemandu Teksi, Bas Sekolah Nikmati Caruman PERKESO Bermula Mac

Pemandu Teksi, Bas Sekolah Nikmati Caruman PERKESO Bermula Mac

23/02/2024
0

PUTRAJAYA - Bermula bulan depan, seramai 35,000 pemandu teksi dan 18,000 pemandu bas sekolah dalam negara bakal menikmati caruman Pertubuhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd