• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengeluaran Kayu Sarawak Terus Meningkat

oleh Ahmad Albab
20/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Pengeluaran kayu Sarawak dari ladang hutan mampu mencecah tiga juta meter padu dalam tempoh lima tahun akan datang, kata Jabatan Perhutanan Sarawak.

Penebangan dari ladang hutan sudah pun bermula dengan pengeluaran yang positif, kata jabatan itu dalam edisi Oktober-Disember 2015, Perbadanan Pembangunan Industri Perkayuan Sarawak (STIDC).

Pengeluaran balak dari ladang hutan meningkat daripada 62,741 meter padu pada 2011 kepada 537,752 meter padu pada 2013.

Sarawak mengamalkan pengurusan hutan lestari bagi memastikan bekalan bahan mentah yang mencukupi untuk industri berasaskan kayu.

STIDC berkata kerajaan mahu mewujudkan satu juta hektar spesies pokok cepat besar pada 2020 melalui ladang hutan yang melengkapkan hutan semula jadi dengan menyediakan sumber alternatif bahan mentah untuk industri.

Industri berasaskan kayu di Sarawak pada masa ini didominasi oleh sektor pemprosesan seperti papan lapis, kayu bergergaji dan venir, namun pertumbuhan industri utama adalah terhad disebabkan oleh penurunan dalam pengeluaran hutan semula jadi.

“Oleh itu, ladang hutan memain peranan penting dalam membekalkan bahan mentah, terutama untuk produk bernilai tambah tinggi seperti perabot.

“Bahan mentah dari ladang hutan Sarawak juga digunakan untuk menghasilkan produk seperti venir, papan lapis, kayu bergergaji, papan lamina, papan partikel, cip kayu, pelet, kayu mampat, pintu, lantai dan kraftangan,” katanya.

“Usaha sudah dilakukan bagi menggalakkan penggunaan bahan mentah dari ladang hutan menerusi pameran perdagangan serta eksport kayu.

“Spesies Acacia merupakan sumber bahan mentah boleh baharu dan berkekalan, yang memenuhi kriteria pensijilan Produk Hijau,” katanya.

STIDC mahu meneruskan peranan proaktifnya dalam pembangunan keseluruhan industri perabot dengan menghasilkan perabot Acacia untuk pasaran global dengan objektif utama menjadikan Sarawak hab perabot jenis tersebut. – BERNAMA

Tags: Pembalakansarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB LAWAS – Kejadian letusan gas yang berlaku di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) Seksyen 2 di...

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan komitmen dalam merealisasikan semangat dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd