• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bodyguard, Peniaga Pasar Malam Didakwa Menyamar Polis Trafik

oleh Ahmad Albab
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyamar sebagai anggota polis dan menjalankan tugas mengiringi kenderaan, awal bulan ini.

Rahiman Ghazali, 39, seorang pengawal peribadi dan Zainul Rizal Zaini, 39, peniaga pasar malam, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Mohd Rehan Mohd Aris.

Kedua-dua tertuduh didakwa telah menyamar sebagai anggota polis, berpakaian dan menggunakan motosikal jenis Honda CBX750 menyerupai anggota polis trafik dan menjalankan tugas mengiring di Jalan Raja Chulan menghala ke Jalan Tun Razak, di sini pada pukul 7 petang, 5 Januari lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Farith Muhammad Faizal menawarkan wang jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.

Peguam Md. Ridzuan Othman yang mewakili Rahiman memohon mahkamah mengurangkan jumlah itu mengambil kira tertuduh merupakan penanggung utama bagi isteri, dua anak dan ibu bapanya yang mempunyai penyakit.

Peguam Yusman Che Aman yang mewakili Zainul Rizal juga memohon jumlah itu dikurangkan kerana tertuduh hanya berpendapatan RM1,500 dan menyara isteri yang tidak bekerja, dua anak dan ibunya.

Majistret Mohd Rehan membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 Februari ini untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: menyamarpolis trafik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Individu Menyamar Pengawal Peribadi Raja Muda Selangor, Perdaya Urusan Jual Tanah Kereta Mewah

Individu Menyamar Pengawal Peribadi Raja Muda Selangor, Perdaya Urusan Jual Tanah Kereta Mewah

19/10/2026
0

SHAH ALAM – Pentadbiran Istana Selangor mengambil maklum dan menerima laporan polis berhubung individu yang didakwa menyamar sebagai Pengawal Peribadi...

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memperketatkan kawalan keselamatan sedia ada berikutan insiden seorang wanita menyamar sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd