• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Bukit Jelutong Bersih Kawasan Elak Denggi

oleh Ahmad Albab
16/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Khuatir dengan kes demam denggi yang membabitkan penduduk Jalan Kubah, Bukit Jelutong di sini, para penduduk mengambil inisiatif dengan membersihkan kawasan kediaman masing-masing bagi mengelak risiko penularan wabak berkenaan.

Wakil penduduknya Vincent Jayashankar berkata terdapat kira-kira 50 kes demam denggi berlaku dalam tempoh sebulan.

“Bulan lepas, kawasan ini mencatatkan lebih 50 kes demam denggi dan ia adalah sesuatu yang serius memandangkan ia tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Justeru kami sebagai komuniti penduduk perlu melakukan sesuatu sebelum ramai lagi penduduk menjadi mangsa wabak berkenaan,” katanya kepada pemberita pada majlis gotong-royong bagi membanteras penyakit berkenaan.

Beliau berkata peningkatan kes berkemungkinan berpunca daripada tapak projek perumahan berhampiran selain faktor cuaca yang menggalakkan lagi pembiakan nyamuk pembawa wabak tersebut.

Vincent berkata perbincangan akan dilakukan bersama pihak syarikat pembinaan berkenaan untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah kes demam denggi.

“Kami tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya mengambil inisiatif sendiri dengan melakukan gotong-royong seperti yang diadakan hari ini,” katanya.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dilaporkan berkata statistik dari 3 Jan hingga 9 Jan lepas menunjukkan 296 kes demam denggi direkodkan di kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan itu.

Berikutan itu MBSA meningkatkan pemeriksaan serta melakukan semburan kabus di premis sekitar bandar raya ini berikutan peningkatan kes demam denggi di Selangor. – BERNAMA

Tags: denggipenduduk
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jeming Hasan Mengaku Video Temu Bual Semalam Lakonan

Jeming Hasan Mengaku Video Temu Bual Semalam Lakonan

22/07/2026
0

SEREMBAN – Pemimpin Pakatan Harapan (PH), Jeming Hasan mengakui video temu bual beliau dengan penduduk Negeri Sembilan semalam hanyalah satu...

Netizen Geli Hati Video PH ‘Temu Bual’ Penduduk, Dakwa Nampak Berlakon

Netizen Geli Hati Video PH ‘Temu Bual’ Penduduk, Dakwa Nampak Berlakon

22/07/2026
0

SEREMBAN – Satu rakaman video yang dimuat naik di media sosial memaparkan sesi temu bual seorang pemimpin Pakatan Harapan (PH)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd