• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pencemaran Bauksit Salah Kerabat Diraja Pahang? – PKR

oleh Ahmad Albab
08/01/2016
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempersoalkan sama ada kerabat diraja Pahang yang bersalah dalam isu pencemaran bauksit di negeri itu.

Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, walau siapa yang salah dalam isu itu perlu tampil memberi pengakuan dan mengambil tanggungjawab.

Tegas beliau, isu bauksit sudah melangkau hak kemanusiaan dan alam kerana rakyat terpaksa menanggung risiko kesihatan masa kini dan pada masa depan.

“Rakyat bukan lagi tuan yang sepatutnya ditunaikan hak dan amanah ke atasnya tetapi menjadi hamba kepada tuan yang tamak haloba dan seolah-olah lupa Tuhan.

“Ini salah siapa? Adakah benar ini salah pelombong bauksit? Adakah benar ini salah pemandu lori? Adakah benar ini salah penguatkuasa? Atau salah Konsortium Pelabuhan Kuantan? Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG)? Pejabat Tanah dan Galian (PTG)? Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)? Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)?Atau salah kerabat Diraja Pahang? Atau sebenarnya salah Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Pahang? Atau salah Kerajaan Persekutuan?” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Syed Ibrahim berkata, walaupun bahan bauksit boleh membawa manfaat untuk rakyat dan negara, tetapi akibat sikap tamak, tidak amanah dan tidak berpegang kepada prinsip memelihara rakyat, maka ia membawa keburukan dan kerosakan kepada manusia dan alam.

Tegasnya, lebih banyak bauksit dilombong, lebih banyak wang masuk ke dalam `kantung’ hinggakan mengakibatkan pihak yang bertanggungjawab jadi `kelabu mata’ walau menjahanamkan seluruh sistem ekologi atau ekosistem dan nyawa manusia.

“Insiden laut dan sungai bertukar merah adalah buktinya.Ada yang berani berkata ini salah semua! Yang merancang, yang memudah cara, yang melaksana, yang merestui, yang berdiam diri dan yang bersubahat,” katanya.

Justeru, katanya, beliau kagumi usaha Ahli Parlimen PKR di Pahang yang bekerjasama dengan Gabungan Menentang Pencemaran Bauksit (Geram) untuk menangani isu itu walaupun berdepan banyak halangan. – mynewshub.cc

Tags: bauksitPKR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Negeri Sembilan Putuskan Status Vape Esok

Next Post

Selangor Anggap Tawaran Qu Puteh Hanya ‘Gimik Pasaran’

Related Posts

Seorang Lagi Pemimpin PKR Berundur Kabinet, Nik Nazmi Letak Jawatan Menteri

Seorang Lagi Pemimpin PKR Berundur Kabinet, Nik Nazmi Letak Jawatan Menteri

28/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan kepada...

Cadangan Mansuh Benarkan Ahli Baharu PKR Bertanding Akan Dibincang – Anwar

Cadangan Mansuh Benarkan Ahli Baharu PKR Bertanding Akan Dibincang – Anwar

23/05/2025
0

JOHOR BAHRU: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata syor memansuhkan kuasa Presiden PKR membenarkan ahli baharu bertanding pilihan raya dan pemilihan...

Next Post

Selangor Anggap Tawaran Qu Puteh Hanya 'Gimik Pasaran'

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd