• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hentikan Fitnah, Kesian Mak Saya! – Anak Pemandu Perodua Kancil

oleh AK-47
29/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

TRAGEDI yang menimpa adik Siti Nuraisyah Sahrin, 13, yang putus kedua-dua kakinya akibat digilis lori ketika pulang dari sekolah ternyata menimbulkan simpati seluruh masyarakat Malaysia yang berharap individu terlibat dalam kemalangan itu bertanggungjawab.

BACA: Mangsa Gilis Lori: “Kaki Adik Boleh Tumbuh Balik Tak?”

Antara kritikan netizen.
Antara kritikan netizen.

Susulan itu anak sulung kepada pemandu kereta Perodua Kancil, Mia (bukan nama sebenar), 24, meluahkan rasa sedih apabila ibunya yang terlibat dalam nahas itu dikecam teruk oleh netizen di laman sosial.

Menurut anak pertama daripada enam beradik itu, kejadian tersebut telah memberi kesan mendalam terhadap mereka sekeluarga apabila ibu mereka dicaci dengan kata-kata yang mengguris perasaan.

“Tolonglah jangan tuduh kami macam-macam. Hentikanlah fitnah ni! Kesian kat mak. Kami tak ada ayah, mana lagi kami nak tumpang kasih, kalau mak pun tak ada.

“Buat masa sekarang, tak payahlah tuduh sesiapa. Tunggu hingga siasatan selesai baru nak hentam siapa betul, siapa salah. Hormatilah perasaan kami sekeluarga. Adik-adik saya masih kecil lagi, tak tahu apa pun yang berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, Mia memberitahu, ibunya telah menggalas tanggungjawab besar sejak 14 tahun lalu dengan menyara keluarga selepas kematian bapa mereka.

“Selama ini, maklah yang didik dan sekolahkan kami dengan baik tanpa ayah. Dia besarkan kami dengan kudrat tulang empat kerat. Bila dah jadi macam ni, takkan nak diam diri, biarkan ibu seorang,” katanya kepada Sinar Harian.

Ketika kejadian, wanita berusia 40 tahun itu dikatakan sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mengambil pelajar di sebuah sekolah.

zz (1)

Terdahulu, akhbar tempatan melaporkan kedua-dua kaki seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap digilis sebuah lori pasir dari arah bertentangan selepas dia terjatuh dari motosikal akibat bergesel dengan sebuah kereta Kancil yang cuba memotong motosikal ditunggangi kakak tirinya, Shamin Amirah Roslan, 14.

Dua beradik tiri itu dikatakan dalam perjalanan pulang dari sekolah menuju ke rumah mereka di Parit 16, Sungai Panjang, Sabak Bernam, Selangor. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=Dtcz9oGNLHY]

Tags: keretapelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

19/09/2025
0

BATU PAHAT: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, memerintahkan seorang sami untuk membela diri atas pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan...

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

21/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua pelajar Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) maut selepas terjatuh dari tempat tinggi melalui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd