• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelepasan Cukai Manfaat 2 Juta Pembayar Cukai

oleh Ahmad Albab
28/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan akan memberi pelepasan cukai sebanyak RM2,000 kepada pembayar cukai individu berpendapatan RM8,000 sebulan ke bawah, untuk tahun taksiran 2015.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dengan langkah ini, walaupun kerajaan kehilangan hasil sebanyak RM350 juta, namun ia dapat memberi penjimatan bayaran cukai individu sehingga RM475.

“Khabar gembira ini akan memanfaatkan seramai dua juta pembayar cukai,” katanya pada Majlis Perutusan Khas Pengubahsuaian Bajet 2016 di sini hari ini.

Najib turut mengumumkan kerajaan akan menggandakan usaha pematuhan dan pengauditan terhadap para pengelak cukai.

Dalam pada itu, katanya kerajaan bersetuju memberi pertimbangan khas dengan melonggarkan pengenaan penalti kepada pembayar cukai bagi menggalakkan pembayar cukai tampil melaporkan pendapatan tahun ke belakang.

Katanya, tunggakan cukai tersebut perlu dilangsaikan sebelum 31 Dis ini.

Untuk pulau bebas cukai, Najib berkata kerajaan akan menstruktur semula saluran jualan rokok dan minuman keras bagi terus mengurangkan ketirisan yang mengakibatkan kehilangan hasil hampir RM1 bilion.

Namun, perdana menteri berkata penstrukturan semula itu dihadkan kepada kedai-kedai bebas cukai yang dilesenkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Justeru, Najib berkata pengecualian cukai kenderaan import di pulau bebas cukai akan diperketatkan di pulau-pulau ini.

“Langkah penstrukturan semua jualan rokok, minuman keras serta kenderaan ini tidak akan melibatkan penduduk tempatan dan pelancong di pulau bebas cukai ini,” katanya.

Ke arah meningkatkan lebihan wang di dalam kocek rakyat, Najib mengumumkan pengurangan potongan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pekerja sebanyak tiga peratus mulai Mac tahun ini sehingga Disember 2017 selain pelepasan khas cukai sebanyak RM2,000 kepada pembayar cukai individu berpendapatan RM8,000 ke bawah sebulan untuk tahun taksiran 2015.

Bagi mengurangkan kos harga barangan keperluan harian rakyat, Najib mengumumkan meliberalisasi kawalan kuota import atau ‘Approved Permits’, bagi lapan produk pertanian terpilih untuk tempoh sementara bagi memastikan bekalan yang konsisten.

Antara produk pertanian termasuklah biji kopi mentah, daging kerbau, lembu dan kambing.

Lembaga Pemasaran dan Pertanian Persekutuan (FAMA) pula akan membuka pasar belian terus hasil pertanian atau MyFarm Outlet yang menjual barang makanan seperti ikan, ayam, daging, sayuran dan buah-buahan, dengan menawarkan harga jualan lima hingga 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran.

Bagi terus membela untung nasib para pesawah, serta meningkatkan pengeluaran padi, kerajaan menyediakan tambahan tunai sebanyak RM50 bagi setiap 1 tan metrik padi bersih, sebagai insentif input pengeluaran padi. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]77tmgcl4ksk[/wpdevart_youtube]

Tags: Bajet 2016CukaiNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kastam Perak Kutip Hasil RM1.143 Bilion Pada 2015

Next Post

Rangka Manusia Ditemui Berselerak Di Ayer Keroh

Related Posts

Kerajaan Tidak Pernah Bincang Tentang Pengenalan Cukai Langganan ChatGPT – Fahmi

Kerajaan Tidak Pernah Bincang Tentang Pengenalan Cukai Langganan ChatGPT – Fahmi

31/10/2024
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak pernah membincangkan cadangan pengenalan cukai langganan ChatGPT seperti diperkatakan di media sosial, kata Menteri Komunikasi,...

Kalau Tak Bayar Cukai, Geledah Dan Ambil Tindakan – PM

Kalau Tak Bayar Cukai, Geledah Dan Ambil Tindakan – PM

01/03/2024
131

CYBERJAYA - Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) perlu terus bersikap tegas dan berani dalam 'memburu' pembayar cukai yang culas...

Next Post

Rangka Manusia Ditemui Berselerak Di Ayer Keroh

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd