• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rangka Manusia Ditemui Berselerak Di Ayer Keroh

oleh Ahmad Albab
29/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Sebahagian rangka manusia dipercayai seorang lelaki yang belum dikenal pasti identitinya ditemui orang awam di kawasan sebuah pusat penyembelihan haiwan di Ayer Keroh di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata rangka berkenaan yang dalam keadaan 70 peratus rangka manusia lengkap mempunyai tengkorak, tulang rusuk dan kaki ditemui kira-kira 3.30 petang.

“Kita terima maklumat dari orang awam dan terus ke tempat kejadian dibantu unit forensik polis dan juga forensik hospital. Hasil siasatan kita temui satu rangka manusia dipercayai lelaki berusia antara 20 hingga 30 tahun,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata rangka itu dipercayai berada di tempat kejadian antara satu hingga tiga bulan dan ditemui berselerak di kawasan berkenaan.

“Kita menjumpai sehelai seluar jeans dan sehelai baju, namun belum disahkan sama ada ia berkait dengan rangka yang dijumpai. Buat masa ini kes ini diklasifikasi sebagai mati mengejut, namun kita akan terus menyiasat dan mencari baki rangka serta barang peribadi mangsa,” katanya.

Sehubungan itu Shaikh Abdul Adzis berkata sesiapa yang kehilangan saudara mara boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Chin Mui Chu di talian 019-6233410 atau menghubungi balai polis berdekatan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]5GZ4bDKcvsU[/wpdevart_youtube]

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Negeri Sembilan: Amirudin Dakwa Rekod Anthony Loke Di Peringkat Persekutuan Cemerlang

PRN Negeri Sembilan: Amirudin Dakwa Rekod Anthony Loke Di Peringkat Persekutuan Cemerlang

26/07/2026
0

SEREMBAN - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook didakwa mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang di peringkat Kerajaan Persekutuan. Menteri Besar...

Hanya Orang Asli Berasal Dari Tanah Ini, Etnik Lain Mempunyai Asal Usul Dari Luar – Ronnie Liu

Hanya Orang Asli Berasal Dari Tanah Ini, Etnik Lain Mempunyai Asal Usul Dari Luar – Ronnie Liu

26/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa hanya Orang Asli berasal dari negara ini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd