• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PBT Perlu Lebih Telus Kongsi Maklumat

oleh Ahmad Albab
30/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Pihak berkuasa tempatan (PBT) disaran supaya lebih telus dan terbuka dalam perkongsian maklumat bersama penduduk setempat, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Beliau berkata langkah ini akan dapat mengelak PBT daripada dikritik serta memastikan tiada pihak yang memanipulasi sesuatu maklumat hingga boleh menimbulkan fitnah.

“Sebagai contoh, pihak PBT perlu memberitahu setiap pendapatan yang diperoleh melalui cukai yang dikutip daripada rakyat serta ke manakah wang itu disalurkan.

“Dengan cara ini, kita akan mendapat keyakinan daripada rakyat dan mereka juga akan lebih memahami cabaran atau kekangan kewangan yang dihadapi pihak PBT yang kadangkala berpunca dari sikap pembayar cukai atau penyewa yang lewat membuat bayaran kepada PBT,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Projek Rintis Kuala Terengganu sebagai Bandar Mesra Pejalan Kaki di kawasan perniagaan Paya Keladi di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha kementerian Datuk Mohammad Mentek, Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Datuk Dr Dolbani Mijan dan Datuk Bandar Kuala Terengganu Datuk Mohamad Kamil Othman.

Abdul Rahman berkata pihaknya bercadang menaikkan jumlah peruntukkan kepada PBT yang ‘rajin’ mengadakan inisiatif untuk lebih ‘mesra masyarakat’, dan kepada PBT yang kurang agresif atau yang tidak pernah berbuat demikian, peruntukan untuk mereka akan dikurangkan.

“Ini juga satu usaha bagi memastikan apa yang dilakukan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri turut disokong oleh PBT.

“Kita tidak mahu bagaimana cantik sekalipun dasar kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri tapi kalau PBT tidak memberi khidmat yang baik kepada rakyat, usaha itu tidak bermakna dan tidak dirasai oleh mereka,” katanya. – BERNAMA

Tags: PBTRahman Dahlan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Surat Rasmi PBT Johor Bahasa Cina Berlaku Ketika Pentadbiran PH

Surat Rasmi PBT Johor Bahasa Cina Berlaku Ketika Pentadbiran PH

10/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Isu tular melibatkan surat rasmi yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dalam bahasa Cina berlaku...

Tiada Sekatan Rumah Ibadat Bukan Islam Di Premis Komersial, Lot Kedai – Kerajaan Selangor

Tiada Sekatan Rumah Ibadat Bukan Islam Di Premis Komersial, Lot Kedai – Kerajaan Selangor

24/05/2026
0

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menjelaskan bahawa garis panduan berkaitan larangan rumah ibadat bukan Islam di premis komersial atau lot...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd