• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasangan Warga Emas, Anak Ditahan Miliki Dadah Bernilai RM102,480

oleh Ahmad Albab
18/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUNGUN – Pasangan warga emas dan seorang anak lelaki mereka ditahan kerana dipercayai memiliki pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM102,480 pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacob berkata pasangan warga emas yang berusia 68 tahun itu diberkas di sebuah rumah di Felda Jerangau kira-kira pukul 9 pagi.

Katanya hasil pemeriksaan di rumah milik pasangan peneroka itu, pihak polis menemui 3,600 biji pil dipercayai jenis Methapitamine seberat 360 gram bernilai RM78,480 yang disorokkan di dalam sebuah bilik tidur kediaman berkenaan.

“Selain itu kita juga merampas 60 botol plastik bertudung kuning dipercayai dadah jenis heroin dianggarkan seberat 320 gram bernilai kira-kira RM24,000.

“Hasil siasatan kita dapati dadah tersebut dipercayai milik anak suspek yang juga merupakan suspek utama bagaimanapun ketika serbuan anaknya tiada di rumah,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurut Ahmad Zailani kes tersebut merupakan rampasan terbesar di Terengganu setakat ini dan ekoran penahanan warga emas berkenaan pihak polis berjaya memberkas suspek utama iaitu anak pasangan terbabit yang berusia 27 tahun bersama seorang lagi rakannya kira-kira pukul 7.30 malam di Pekan Ajil, Hulu Terengganu pada hari yang sama.

Jelasnya hasil siasat suspek utama yang tidak mempuyai pekerjaan itu telah terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah sejak dua tahun yang lepas.

Beliau tidak menolak kemungkinan bekalan itu diperolehi dari negara jiran untuk edaran di sekitar Jerangau dan Felda tersebut.

“Kita masih menjalankan siasatan sama ada pasangan ini turut terlibat dan mengetahui kegiatan ini atau sebaliknya manakala rakan suspek yang berusia 24 tahun dibebaskan selepas siasatan,” katanya.

Ahmad Zailani berkata hasil ujian saringan air kencing terhadap suspek utama ini mendapati positif dadah jenis Morfin dan suspek juga turut mempuyai rekod jenayah lampau berhubung kesalahan jenayah pada tahun 2007.

Ketiga-tiga beranak ini ditahan reman sehingga 21 Januari ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]PzZKvtQ-kRI[/wpdevart_youtube]

Tags: dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd