• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Burukkan Ahmad Maslan Di FB, Penjawat Awam Dapat ‘Surat’

oleh AK-47
dalam Hangat, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG kakitangan awam berdepan tindakan tata tertib jika gagal mengemukakan alasan terbaik, tindakannya memuatnaik status Facebook berunsur negatif mengenai Perdana Menteri dan isteri, serta Timbalan Menteri MITI Datuk Ahmad Maslan.

Dalam surat tunjuk sebab yang diterima penjawat awam wanita terbabit tempoh tujuh hari diberi kepadanya untuk membuat penjelasan, gara-gara status yang dimuatnaik sempena Tahun Baru tempoh hari.

lol
Status yang dimuatnaik penjawat awam terbabit

Antara yang digariskan dalam surat tunjuk sebab tersebut adalah kesalahannya tidak mendapat kebenaran bertulis daripada Menteri sebelum membuat penyataan awam.

Selain itu status Facebook yang dimuatnaik kakitangan kerajaan berkenaan, boleh mendatangkan prasangka / persepsi buruk dan boleh memalukan / memburukkan nama Jabatan dan Kerajaan khususnya Perkhidmatan Awam.

Sehubungan itu kakitangan terbabit boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Perkara 4(2), Perkara 19(1) dan 19(2) Bab D: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Surat tunjuk sebab tersebut kini viral di media sosial dan mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya menganggap tiada kebebasan bersuara bagi penjawat awam.

Bagaimanapun harus diingat, setiap rakyat tertakluk kepada undang-undang yang telah dirangka untuk kebaikan negara termasuk melibatkan kakitangan awam, justeru berhati-hati jangan sampai tersilap langkah dan gunakanlah saluran bijak dan betul apabila mahu bersuara. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Ahmad MaslanlawakPenjawat AwamPerdana Menteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Jiwa Merdeka Ialah Jiwa Yang Menolak Kebencian – Anwar

Jiwa Merdeka Ialah Jiwa Yang Menolak Kebencian – Anwar

31/08/2026
0

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia menghayati erti kemerdekaan dengan menolak kebencian dan perpecahan, sebaliknya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd