JAKARTA – Orang ramai sekitar Jalan MH Thamrin, tempat serangan bom oleh pengganas di bandar raya ini, terus trauma apabila berlari bertempiaran selepas terdengar satu lagi letupan kira-kira pukul 9 malam Khamis.
Letupan berdekatan bangunan Badan Pengkajian dan Penerapan Teknologi (BPPT), di sini itu boleh didengar sehingga 500 meter itu menyebabkan ramai yang menjadi panik sehingga ada didapati menangis ketakutan.
Bagaimanapun pihak polis Indonesia mengesahkan bahawa letupan itu sebenarnya adalah bunyi tayar daripada sebuah trak yang pecah dan secara kebetulan melalui pula jalan tersebut.
Ketua Polis Jakarta Pusat, Hendro Pandowo memberitahu pemberita di sini, orang ramai mungkin masih trauma dengan kejadian pagi Khamis dan sensitif dengan sebarang bunyi letupan.
Polis juga telah melakukan pemeriksaan dan memastikan tidak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Baca: “Kami Baharu Sahaja Meninggalkan Kawasan Letupanâ€Â
Juga: Daesh Dakwa Bertanggungjawab Serang Jakarta
Lagi: Serangan Jakarta – Selebriti Berkongsi Rasa Simpati

“Kita sudah pastikan tidak ada letupan bom tetapi hanya letupan tayar lori sahaja. Keadaan terkawal dan jalan sudah dibuka seperti biasa,” katanya.
Tinjauan Bernama di tempat kejadian mendapati orang ramai masih lagi berhimpun berdekatan bangunan tersebut untuk mengikuti perkembangan walaupun keadaan sudah terkawal.
Pada kejadian pukul 10.50 pagi Khamis, tujuh orang termasuk lima suspek dan dua orang awam terbunuh selepas berlaku insiden letupan bom dan tembak menembak di hadapan Gedung Cakrawala di sini. – BERNAMA
[wpdevart_youtube]YoEJddXsd78[/wpdevart_youtube]

