• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Umum Pengubahsuaian Bajet 2016 Pada Tengah Hari

oleh Ahmad Albab
28/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan pengubahsuaian Bajet 2016, yang berasaskan situasi sebenar ekonomi semasa, tengah hari ini.

Bajet 2016 yang telah diubah suai, walaupun perlu, tidak langsung akan menjejaskan rakyat.

Malah, kerajaan dalam memutuskan langkah-langkah pengubahsuaian, melihat kepada tindakan untuk mengoptimumkan perbelanjaan, menetapkan semula keutamaan projek dan menangguhkan sebahagian perbelanjaan pembangunan.

Ia akan mengelak daripada melaksanakan langkah penjimatan, dan yang lebih penting, skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diteruskan memandangkan ia merupakan bantuan langsung kepada rakyat dan mempunyai kesan pengganda di kawasan bandar dan luar bandar.

Ketika Najib yang juga Menteri Kewangan membentangkan Bajet 2016 pada 23 Okt 2015, belanjawan tahun ini adalah berdasarkan andaian harga minyak mentah pada US$48 setong.

Sejak itu, senario ekonomi telah berubah dengan harga minyak terus merosot, sekali gus bermakna pendapatan kerajaan yang lebih rendah.

Hari ini, harga minyak mentah mencecah kira-kira US$30 setong, kejatuhan mendadak sejak bajet itu dibentangkan.

Bagaimanapun, bajet itu perlu diselaraskan sewajarnya bagi menangani peningkatan kos sara hidup, merangsang kegiatan pelaburan serta mengukuhkan imbangan pembayaran negara.

Ketika berucap pada perhimpunan khas Kementerian Kewangan awal bulan ini, Najib menyuarakan mengenai pentingnya berterus terang dan menyatakan 2016 akan menjadi tahun yang mencabar.

“Saya tidak mahu berkata sesuatu yang baik kepada rakyat dengan tidak menyatakan keadaan sebenar. Biar kita berterus terang dan jujur dan menyatakan tahun ini akan menjadi tahun yang mencabar,” katanya.

Najib juga menegaskan cabaran pada 2016 berkait dengan keadaan pasaran kewangan berikutan keputusan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat untuk mengembalikan kadar faedah pada paras normal, yang menjejaskan aliran modal di rantau ini, termasuk Malaysia, di samping mengukuhkan dolar US.

Cabaran 2016 memerlukan tindakan yang lebih responsif dan tegas, bukan sahaja oleh Kementerian Kewangan, malah kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan serta orang ramai secara menyeluruh.

Kerajaan telah mengurangkan kebergantungan ke atas hasil minyak dan telah memperkenalkan Cukai Barang dan Perkhidmatan bagi meningkatkan tabungan kerajaan.

Ekonominya yang pelbagai, di samping rasionalisasi subsidi telah membantu menyumbang kepada pendapatan kerajaan.

Permintaan domestik yang kukuh serta pelaburan swasta tempatan yang lebih tinggi dan sumbangan daripada sektor pembuatan, pembinaan dan pertanian selain sektor perkhidmatan, termasuk pelancongan, turut membantu tabungan negara.

“2016 akan mejadi tahun yang mencabar dan kita perlu menguruskan sumber kita dengan cekap dan pada tahap optimum.

“Kita perlu bersedia dan melaksanakan kaedah terbaik bagi memastikan ekonomi kita kekal mampan,” kata Perdana Menteri.- BERNAMA

[wpdevart_youtube]6Qya9X2ReYk[/wpdevart_youtube]

Tags: Bajet 2016
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tidak Perlu Pengubahsuaian Bajet Lagi Buat Masa Ini

19/02/2016
0

SAN FRANCISCO - Tidak ada keperluan bagi pengubahsuaian seterusnya Bajet 2016 buat masa ini kerana harga minyak mentah dijangka stabil...

Perlis Tidak Terjejas Dengan Pengubahsuaian Bajet – Azlan Man

01/02/2016
0

KANGAR - Perlis tidak terkesan dengan pengubahsuaian Bajet 2016 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini malah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd