Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

GAMBAR : Gadis Ditetak...

Gara-gara cuba mempertahankan beg tangan dan telefon bimbit seorang gadis terpaksa menanggung kesakitan...

MBPP Roboh Struktur Logo...

GEORGE TOWN - Tindakan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) merobohkan struktur logo UMNO...

Gengsterisme: Polis N.Sembilan Sentiasa...

SEREMBAN - Polis negeri ini sentiasa memantau pelajar sekolah yang terbabit dalam gengsterisme,...

Bajet 2017 Akan Utamakan...

SUNGAI PETANI - Pembentangan Bajet 2017 yang dijadualkan pada akhir bulan ini akan...

Murid Tahun 6 Mangsa Ketiga Maut Akibat Denggi Di Terengganu

KUALA TERENGGANU – Seorang murid perempuan tahun enam di Kuala Terengganu maut akibat denggi hari ini menjadikan tiga kematian direkodkan akibat penyakit itu sejak 1 Jan lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata mangsa ketiga itu berasal dari Kampung Tanjung Paya dan meninggal dunia pada pukul 4 pagi tadi di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

“Kematian ketiga dalam tempoh 11 hari pertama tahun ini sangat membimbangkan dan saya menggesa agar penduduk di sekitar lokaliti wabak terus berwaspada dengan tahap persekitaran rumah mereka.

“Tolong cari dan musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes dan jika ada sebarang simptom demam denggi, sila dapatkan pemeriksaan di hospital kerana rawatan awal yang diterima dapat menyelamatkan nyawa pesakit denggi,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Gara-Gara El Nino, Kes Denggi Boleh Meningkat 50 Peratus

Kematian pertama akibat denggi berlaku pada 2 Jan lalu melibatkan seorang warga emas 65 tahun diikuti kematian kedua seminggu selepas itu, pada Ahad lepas melibatkan wanita berusia 49 tahun, kedua-duanya dari Kampung Panji Alam.

Sementara itu, ibu mangsa, Nor Aniza Mohd Zahid, 44, berkata anak bongsu dari empat beradik itu mula mengadu demam selepas pulang dari sekolah pada Selasa lalu.

“Dia juga muntah-muntah dan kami membawanya ke HSNZ pada petang itu juga tetapi dimaklumkan anak saya hanya demam biasa dan diberi ubat demam untuk dimakan di rumah.

“Namun, sehingga hari Sabtu, keadaan Nur Amera Natasha masih tidak pulih dan berterusan muntah-muntah hinggakan perlu dipapah untuk berjalan, lalu kami terus bawa ke HSNZ dan anak saya terus dimasukkan ke Unit Rawapan Rapi (ICU) hospital berkenaan sebaik disahkan menghidap denggi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tanjung Paya di sini hari ini.


Jenazah arwah Nur Amera Natasha selamat dikebumikan pada pukul 9 pagi tadi di Tanah Perkuburan Sheikh Ibrahim di kampung itu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin yang turut menziarah keluarga mangsa berkata kes itu adalah kes denggi pertama pada tahun ini yang melibatkan murid sekolah di negeri ini.

“Malangnya kes ini menyebabkan kematian arwah dan kami turut berdukacita dengan kejadian ini.

“Sehubungan itu saya juga telah mengarahkan semua Pengetua dan Guru Besar di Terengganu agar sentiasa cakna dengan persekitaran sekolah, terutama di kawasan wabak denggi agar kawasan sekolah bebas dari tempat pembiakan nyamuk Aedes,” katanya.

Pada tahun lalu, sebanyak 225 kes demam denggi telah dilaporkan berlaku terhadap murid dan pelajar di Terengganu, namun tiada kematian dilaporkan, katanya. – BERNAMA

1 komen

  1. Ni lah masalahnya hospital kerajaan seluruh negara. Bila demam suruh blk rumah. Minta datang balik semula jika makin kronik, contoh bila muntah2, keluar darah dari rongga. Simptom tu kira berat dah. Nak buat camne, katil di wad tak cukup

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori