• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mukhriz Guna Pengaruh Bola Sepak Pertahan Jawatan MB?

oleh Ahmad Albab
23/01/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipercayai menggunakan pengaruhnya sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) untuk memujuk penyokong bola skuad hijau kuning memberi sokongan kepada beliau terus menjadi Menteri Besar negeri itu.

Ia berikutan laman Facebook rasmi KFA memuatnaik kenyataan bahawa persatuan tersebut akan terus menyokong kepimpinan anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu mentadbir bola sepak Kedah.

“Transformasi yang dibawa, langkah demi langkah yang diambil dan visi mencakna masa depan bolasepak hijau kuning perlu sokongan daripada semua pihak.

“Sokongan padu daripada kami, penyokong hijau kuning dibawah kepimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir mentadbir KFA,” kata kenyataan itu semalam.

UMNO Kedah semalam mengumumkan hilang kepercayaan terhadap Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah dan Pengerusi UMNO negeri.

Perkara itu diumumkan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah selepas perjumpaan tertutup pemimpin UMNO negeri di Grand Alora Hotel, Alor Setar.

Seramai 14 Ketua UMNO Bahagian di Kedah hadir kecuali Jerlun, Padang Terap dan Kulim Bandar Baharu yang menghantar Timbalan Ketua bahagian masing-masing sebagai wakil.

Mukhriz pada 8 November lalu pernah menyatakan kesediaan mengundurkan diri daripada jawatannya itu.

Beliau waktu itu memberi jaminan akan memberi laluan kepada mana-mana pemimpin UMNO untuk memegang jawatan tersebut selagi pengganti berkenaan mampu meyakinkan rakyat Kedah untuk meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Bagaimanapun, Mukhriz dalam reaksinya semalam membayangkan beliau tidak akan melepaskan jawatan itu meskipun diminta berbuat demikian oleh seluruh pimpinan UMNO Kedah. - MYNEWSHUB.CC

Tags: KedahMukhriz Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd