• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mindef kenal Pasti Kawasan Berpotensi Diserang – Hishammuddin

oleh Ahmad Albab
15/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GENTING HIGHLANDS – Kementerian Pertahanan akan mengenal pasti lokasi tertentu termasuk di Sabah yang berpotensi dijadikan lokasi serangan pihak tidak bertanggungjawab.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata perkara itu dibuat susulan insiden letupan bom di Jakarta, Indonesia semalam.

“Ia juga sebagai langkah memperkukuh keselamatan negara dan ketenteraman awam agar insiden sedemikian tidak berlaku di Malaysia.

“Ini kerana, ancaman kita yang terdekat ialah di Sabah di mana kita perlu berwaspada dengan setiap serangan anasir luar dan perlu ditangani secara serius,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Hala Tuju Kementerian Pertahanan 2016 di sini, hari ini.

Hishammuddin berkata insiden letupan di Jakarta adalah serius dan Malaysia tidak harus mengambil mudah tentangnya kerana kumpulan Daesh tidak pernah melakukan tindakan di rantau ini.

“Kejadian di Jakarta membuktikan kebimbangan kita yang saya sebutkan secara konsisten selama ini. Kita akan perkukuhkan kawalan dengan kerjasama semua agensi keselamatan,” katanya.

Hishammuddin berkata beliau turut menghubungi Menteri Pertahanan Indonesia Ryamizard Ryacudu untuk bertanyakan perkembangan insiden itu.

“Saya akan ke Arab Saudi bersama Pak Ryamizard dalam masa terdekat untuk membincangkan agenda bagaimana negara sana (Arab Saudi) menangani keganasan Daesh dan belajar daripada pengalaman mereka,” katanya.

Selain itu, Kementerian Pertahanan juga mengambil inisiatif membendung perkara itu dengan bekerjasama rapat dengan polis, pasukan risik ketenteraan dan Cawangan Khas bagi menjamin keselamatan negara.

Dalam kejadian di pusat bandar Jakarta semalam, tujuh orang disahkan maut dan 13 lagi termasuk lima anggota polis parah. – BERNAMA

Tags: HishammuddinMindef
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MALBATT 850-13 Kekal Siap Siaga Hadapi Sebarang Kemungkinan Walau Gencatan Senjata

MALBATT 850-13 Kekal Siap Siaga Hadapi Sebarang Kemungkinan Walau Gencatan Senjata

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 yang sedang melaksanakan tanggungjawab di bawah misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu...

MINDEF, ATM Sudah Lama Haramkan ‘Pesta Yeye’

MINDEF, ATM Sudah Lama Haramkan ‘Pesta Yeye’

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, hari ini melaungkan amaran tegas budaya hedonisme yang tidak berakhlak serta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd