• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Melaka Tarik Kedatangan 15.7 Juta Pelancong Tahun Lepas – Idris

oleh Ahmad Albab
05/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kira-kira 15.7 juta pelancong berkunjung ke Melaka sepanjang tahun lepas, angka yang tertinggi pernah direkodkan negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata walaupun sasaran 16 juta pelancong tidak dapat dicapai, kerajaan negeri akan terus memberi perhatian kepada beberapa projek pelancongan untuk meningkatkan kedatangan pelancong tahun ini.

“Antara projek pelancongan yang akan diberi perhatian ialah pembangunan Sungai Melaka Fasa 2 dan meneruskan semula projek monorel,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Amanat Tahun 2016 kepada Ketua Jabatan dan Agensi kerajaan di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Idris berkata kerajaan negeri akan tetap meneruskan program ‘Hari Tanpa Beg Plastik’ yang berkuatkuasa sejak 1 Januari lepas walaupun mendapat pelbagai reaksi negatif daripada beberapa pihak.

“Walaupun kita mendapat sedikit tentangan daripada beberapa pihak yang mempertikaikan usaha tersebut, saya percaya ia akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

“Usaha ini perlu dilakukan secara mampan dengan kerjasama semua jabatan dan agensi di negeri ini, kerajaan negeri akan terus memastikan semua program dan agenda pembangunan serta ekonomi dilaksanakan dengan jayanya,” katanya.

Beliau berkata inisiatif tanpa beg plastik setiap hari di negeri ini mampu memberi pelbagai kesan positif bukan sahaja kepada Melaka tetapi juga membentuk sikap disiplin dalam diri setiap rakyat di negeri ini. – BERNAMA

Tags: Idris HaronMelaka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Akmal Minta PH Jangan Fitnah Orang Melaka,  ‘Kami Juga Selalu Ke Johor, Bekerja Di Muar’

Akmal Minta PH Jangan Fitnah Orang Melaka, ‘Kami Juga Selalu Ke Johor, Bekerja Di Muar’

21/06/2026
0

MELAKA - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh membidas pemimpin Pakatan Harapan (PH), Adly Zahari yang mendakwa rakyat...

Adly Zahari Dakwa Rakyat Johor Utara ‘Melimpah’ Sehingga Ke Melaka

Adly Zahari Dakwa Rakyat Johor Utara ‘Melimpah’ Sehingga Ke Melaka

21/06/2026
0

SEGAMAT - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari mendakwa Melaka kini 'dilimpahi' oleh rakyat Johor Utara disebabkan oleh pembangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd