• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MB Perlis Minta Rakyat Sedia Hadapi Realiti Kejatuhan Ekonomi

oleh Ahmad Albab
13/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man meminta penduduk negeri ini bersedia menerima realiti kejatuhan ekonomi dunia dan kesannya terhadap negara.

Katanya dalam situasi itu kerajaan terpaksa mengambil langkah berjimat-cermat termasuk memotong belanjawan untuk tahun ini.

“Dalam hubungan ini, peruntukan yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) untuk Perlis mungkin dipotong dan projek pembangunan Lembah Chuping tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya.

“Kerajaan tidak melepaskan tanggungjawab, cuma membuat perubahan untuk disesuaikan dengan hasil negara yang susut di samping menangani kesan kejatuhan ekonomi sehingga mencapai tahap minima,” kata Azlan.

Menteri Besar itu berucap pada majlis santai kepimpinan negeri bersama ketua-ketua jabatan dan agensi persekutuan dan negeri di Dewan Residensi di sini, malam tadi.

Beliau berkata kerajaan pusat telah meluluskan RM2.75 bilion kepada Perlis di bawah RMK11 dan daripada jumlah itu RM854 juta untuk membangunkan Lembah Chuping menjadi taman industri teknologi hijau berimpak tinggi.

Pada masa sama, Azlan berharap ketua-ketua jabatan dan agensi persekutuan dan negeri dapat bekerjasama erat bagi menjayakan agenda pembangunan Perlis agar perancangan yang dibuat berjalan lancar.

Azlan berkata dalam RMK11 kerajaan negeri memberi tumpuan terhadap projek mega berimpak tinggi yang memberi pekerjaan dan pendapatan jangka masa panjang.

Dalam pada itu, beliau meminta setiap jabatan dan agensi supaya proaktif terhadap sebarang aduan rakyat bagi mengelak pihak tertentu mengambil kesempatan untuk kepentingan mereka.

Katanya sebagai contoh satu grup whatsapp yang diwujudkan menerima aduan paling banyak berkaitan air namun Syarikat Air Perlis (SAPs) telah dapat menyelesaikan kira-kira 98 peratus daripada aduan tersebut dengan berkesan.

“Masalah akan timbul jika kita tidak menjawab aduan yang dimuat naik dalam lama sosial seperti Facebook menyebabkan orang ramai tidak tahu. Sebaliknya, saya dapati ada pihak tertentu mengambil peluang memberi maklumat terkini dan mendapat pujian sedangkan kita yang membuat kerja,” kata Azlan. – BERNAMA

Tags: Azlan ManEkonomi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adly Zahari Dakwa Rakyat Johor Utara ‘Melimpah’ Sehingga Ke Melaka

Adly Zahari Dakwa Rakyat Johor Utara ‘Melimpah’ Sehingga Ke Melaka

21/06/2026
0

SEGAMAT - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari mendakwa Melaka kini 'dilimpahi' oleh rakyat Johor Utara disebabkan oleh pembangunan...

Tidak Perlu Ubah Kerajaan BN Johor Yang Stabil, Ekonomi Meningkat, Tiada Isu 3R – Eric Lim Sian See

Tidak Perlu Ubah Kerajaan BN Johor Yang Stabil, Ekonomi Meningkat, Tiada Isu 3R – Eric Lim Sian See

13/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pempengaruh media sosial yang sering mengulas isu politik, Eric Lim Sian See berpandangan Johor yang mencatatkan prestasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd