• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahfuz Omar Biadap, Kaitkan Sultan Kedah

oleh Ahmad Albab
26/01/2016
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pembangkang bersikap melampau apabila cuba mengaitkan desakan ke atas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir supaya meletakkan jawatan dengan institusi diraja Kedah.

Ahli Parlimen Pokok Sena daripada PAS tetapi Pro-Pakatan Harapan, Datuk Mahfuz Omar membuat tuduhan jahat ke atas Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Jemaah Pemangku Sultan Kedah kononnya ditekan supaya memecat Mukhriz.

“Komplot (menjatuhkan Mukhriz) ini cuba mengheret Ke bawah Duli Tuanku Sultan Kedah dan Jemaah Pemangku Sultan untuk meyakinkan rakyat serta menghalalkan tindakan mereka.

“Paparan sesetengah media arus perdana cuba memberikan gambaran seolah-olah tuntutan mengguling Mukhriz adalah daripada rakyat. Ia bertujuan memberi tekanan kepada Tuanku Sultan mempercepatkan perkenan untuk mengguling Mukhriz daripada jawatan Menteri Besar,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mahfuz bagaimanapun lega kerana anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu masih gagal disingkirkan daripada jawatan Menteri Besar walaupun selepas lima hari sidang media oleh UMNO Kedah hilang kepercayaan ke atas Mukhriz diadakan.

Parti DAP sebelum ini turut berang dengan desakan UMNO Kedah supaya Mukhriz meletak jawatan Menteri Besar dan digantikan dengan individu yang lebih layak.

Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng dipetik berkata, UMNO Kedah tidak wajar meminta Mukhriz meletak jawatan kerana mendakwa beliau seorang yang tidak berdosa dan merupakan anak Mahathir.

UMNO Kedah baru-baru ini mengumumkan hilang kepercayaan terhadap Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah dan Pengerusi UMNO negeri.

Perkara itu diumumkan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah selepas perjumpaan tertutup pemimpin UMNO negeri di Grand Alora Hotel, Alor Setar.

Seramai 14 Ketua UMNO Bahagian di kedah hadir kecuali Jerlun, Padang Terap dan Kulim Bandar Baharu yang menghantar Timbalan Ketua bahagian masing-masing sebagai wakil.

Mukhriz pada 8 November tahun lalu pernah menyatakan kesediaan mengundurkan diri daripada jawatannya itu.

Beliau waktu itu memberi jaminan akan memberi laluan kepada mana-mana pemimpin UMNO memegang jawatan tersebut selagi pengganti berkenaan mampu meyakinkan rakyat Kedah untuk meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Bagaimanapun, Mukhriz dalam reaksi terbaru menegaskan beliau tidak akan melepaskan jawatan itu meskipun diminta berbuat demikian oleh seluruh pimpinan UMNO Kedah. - MYNEWSHUB.CC

Tags: KedahMahfuz Omar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Mahfuz Sindir PAS Pernah Bersama DAP, Tapi Tiada Label ‘Syaitan’ 

Mahfuz Sindir PAS Pernah Bersama DAP, Tapi Tiada Label ‘Syaitan’ 

15/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – PAS pernah bekerjasama dengan DAP dalam Pakatan Rakyat, tapi ketika itu tidak kedengaran label 'syaitan'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd