Friday, June 14, 2024

Creating liberating content

Pendaftaran GST Meningkat Kepada...

KUALA LUMPUR - Jumlah syarikat yang mendaftar bagi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

PAU 2019: Jerat DAP...

Oleh: HM NoorSEMINGGU dua menjelang Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2019, bertubi-tubi isu...

Pasangan Kembar Antara Calon...

KANGAR - Pasangan kembar seiras Anis Sofiah Zolkharnain dan Anis Solehah Zolkharnain merupakan...

Pelancong China Buat Hal...

KISAH pelancong China mencetuskan onar di negara yang dikunjungi bukanlah perkara baharu yang...

Laungan Azan Bakal Hiasi Stadium Pink Sebelum Perlawanan

KOTA BHARU – Stadium Sultan Muhammad IV yang akan bertukar wajah kepada warna merah jambu bakal ‘disejukkan’ lagi dengan laungan azan secara langsung sebelum bermulanya setiap perlawanan bola sepak.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, gema seruan solat itu dikumandangkan ketika masuk waktu fardu Isyak yang kebetulan berlangsung sebelum perlawanan bermula.

Penaiktarafan di dalam kemudahan penjualan tiket secara mudah dan awal secara atas talian selain tiket bermusim untuk penyokong skuad The Red Warriors juga juga akan dipertingkatkan.

Annuar berkata, KAFA bakal menambah elemen kekeluargaan dalam perlawanan melibatkan pasukan negeri Pantai Timur itu termasuk pembabitan lebih banyak atlet, budayawan, tokoh tempatan.

“Kita cuba mewujudkan rasa muhibbah, mesra keluarga dan imej prihatin serta memperkenalkan ruang dan jemputan khas untuk golongan anak yatim, orang kurang upaya, individu berjasa datang ke stadium.

“Ini akan menambah pengalaman menarik kepada penonton. Beberapa pendekatan baharu diwujudkan dan Insya-Allah satu rundingan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan diadakan minggu depan,” katanya.

Perubahan itu dilakukan susulan persetujuan KAFA untuk menerima tajaan sebanyak RM16 juta daripada pengusaha produk kecantikan Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau lebih dikenali Datuk Vida.

Annuar-Musa_Vida

Sementara itu, pengasas Vida Beauty Qu Puteh itu dijangka menyerahkan pelan lakaran keseluruhan stadium untuk dicat warna merah jambu selepas 15 Januari ini kepada KAFA dan Perbadanan Stadium Kelantan (PSK).

Dr. Hasmiza yang juga Penasihat Kehormat KAFA itu, berkata buat masa ini, pelan bahagian luar stadium sudah pun siap, cuma lakaran bahagian dalam mengambil masa sedikit kerana banyak perubahan perlu diteliti.


Katanya, sebaik saja kerja mengecat, pemulihan dan pengubahsuaian dilakukan, selepas empat bulan Stadium Sultan Muhammad IV akan bertukar wajah dengan warna tema utamanya merah jambu dan putih.

“Saya akan buat penelitian terlebih dahulu bahagian dalam stadium kerana banyak perubahan perlu dilakukan termasuk laluan khas wanita, tempat duduk, surau dan tandas.

“Stadium berkenaan sekarang ini dalam keadaan agak teruk terutamanya selepas dilanda banjir besar awal tahun lalu, jadi alang-alang mahu membaik pulih, saya mahu semua diubah.

“Warna bahagian dalam tetap sama iaitu merah jambu dan putih, cuma saya mahu pastikan penyokong selesa setiap kali masuk stadium, sekali gus bersemangat untuk beri sokongan kepada skuad kesayangan mereka.

“Buat masa ini, belum ada lagi tender untuk melakukan semua kerja pengubahsuaian stadium kerana mahu memastikan kerja pelan selesai terlebih dahulu,” kata Dr. Hasmiza.

Sebanyak RM1 juta dijangka dibelanjakan bagi mengubah wajah stadium dibina pada 1967 yang berkapasiti 30,000 penonton, termasuk mengecatnya semula dengan warna merah jambu.

Stadium berkenaan akan dijadikan sebagai mercu tanda baharu pelancongan di negeri ini apabila bukan saja dicat warna merah jambu, malah mempunyai rekaan tersendiri dengan dihiasi lampu yang berwarna sama.

– Agensi/Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori