Friday, July 26, 2024

Creating liberating content

Lagi Mangsa Macau Scam,...

SIBU: Seorang suri rumah terpaksa berputih mata apabila wang simpanannya berjumlah RM87,240 lesap...

KKM Saran Wujud Klinik...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan menggesa bagi menubuhkan klinik senaman di setiap daerah...

Arab Saudi Akhiri Sekatan...

FILEM Black Panther bakal mengakhiri sekatan tayangan pawagam di Arab Saudi selama 35...

Kes Saman Izzah Terhadap...

KUALA LUMPUR - Kes saman fitnah difailkan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar...

Kelantan Pinjamkan 6 Pemain Demi Kurang Kos

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) membuat keputusan meminjamkan enam pemainnya kepada beberapa pasukan yang beraksi dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Berita agak memeranjatkan peminat sukan di negeri tersebut disahkan Presiden Kafa, Bibi Ramjani Ilias Khan dan berkata, langkah itu bertujuan demi meringankan beban kewangan badan induk negeri sepanjang musim 2018.

Menurut beliau, enam pemain dikenal pasti berkenaan ialah Mohd. Faizul Nazlin Sayuti, Hattaphon Bun Aun, Mohd. Nasharizam Abd. Rashid, Rozaimi Azwar Mat Zin, Shafiq Abd. Rahman dan Mohd. Haikal Mohd. Nazri

“Kita terpaksa meminjamkan mereka ini kerana Kafa sendiri sudah melengkapkan senarai penuh 25 pemain yang akan beraksi bersama skuad The Red Warriors (TRW) sepanjang saingan 2018 kali ini,” kata Bibi Ramjani.

Beliau yang baru menerajui Kafa pada 18 September lalu untuk penggal sehingga 2021, ditemui pemberita selepas majlis menandatangani kontrak bersama-sama dengan pemain import baharu, Bruno Da Silva Lopes, di sini Sabtu.

Seperti nasib Selangor, Kelantan tidak pernah mendapat dana langsung pihak kerajaan negeri sejak sekian lama dan memerlukan dana sekurang-kurangnya RM10 juta setahun bagi memperkasakan skuad gergasi Pantai Timur itu.


Bibi Ramjani yang juga tokoh perniagaan wanita terkenal di Kelantan memberitahu bahawa pihak Kafa juga sedang berunding dengan pasukan Misc-Mifa untuk meminjamkan seketika Seydi L. Imam kepada skuad TRW berkenaan.

“Rundingan ketika ini melibatkan soal gaji pemain itu, kerana gaji Seydi ketika ini agak tinggi,” ujar beliau tanpa mendedahkan berapakah gaji bakal ditawarkan kepada pemain berkenaan kelak. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori