• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

K’jaan Perlis Akan Pastikan Projek RMK-11 Dilaksanakan Ikut Jadual

oleh Ahmad Albab
05/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Kerajaan Perlis akan memastikan 77 projek bernilai RM6.8 bilion yang diluluskan oleh kerajaan pusat di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) dilaksanakan mengikut perancangan.

Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM2.75 bilion telah diperoleh bagi melaksanakan ‘Rolling Plan Pertama’ membangunkan infrastruktur beberapa projek selama dua tahun mulai tahun ini.

“Projek-projek ini yang dianggap mega, bermatlamat menyediakan pekerjaan tetap dan menjana pendapatan jangka panjang kepada rakyat, tanpa meminggirkan projek-projek kecil,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan kerajaan negeri Perlis di Dewan Warisan di sini hari ini.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri, Hamdan Bahari, anggota-anggota Exco kerajaan negeri serta Setiausaha kerajaan negeri yang baharu, Ahmad Zamri Khairuddin.

Menurut Menteri Besar, antara projek itu ialah pembangunan Lembah Chuping (RM723.7 juta); Pelabuhan Darat Perlis (PIP) di Padang Besar (RM150 juta); Kompleks Kastam dan Imigresen Padang Besar (RM150 juta); Program Perumahan Rakyat Arau (RM55 juta); menaik taraf Empangan Timah Tasoh (RM300 juta); dan Projek Lencongan Banjir Timah Tasoh (RM35 juta).

“Bagi memastikan perancangan yang dibuat berjalan lancar, kerajaan negeri bekerjasama rapat dengan sektor swasta untuk menggerakkan ekonomi negeri menjadi lebih mapan,” katanya.

Azlan berkata sektor swasta akan menjadi pemaju utama pusat bandar Kangar manakala anak syarikat Tabung Haji, TH Property, melabur sebanyak RM250 juta untuk membangunkan bandar Kuala Perlis.

Mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) Menteri Besar itu berkata hasil GST menjadi sumber pendapatan baharu kerajaan untuk memenuhi tuntutan pengurusan pentadbiran negara.

“Saya minta tuan-tuan melihat GST dalam aspek positif. Para peniaga pula perlu mendaftar perniagaan dan mereka tidak berpeluang menipu atau melakukan transaksi perniagaan secara gelap.

“Rakyat pula hendaklah mengambil berat dengan memeriksa resit untuk mengetahui barang yang tidak dikenakan GST bagi mengelak peniaga tidak bermoral mengambil kesempatan menipu dengan mengenakan GST,” kata Azlan.

Katanya kerajaan Perlis akan mengikuti langkah kerajaan pusat melaksanakan ‘dasar keluar’ ke atas penjawat awam negeri bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan terbaik.

Azlan mengisytiharkan ‘Rajin Berusaha Kuat Bekerja’ sebagai slogan untuk penjawat awam Perlis. – BERNAMA

Tags: Azlan ManPerlis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penyokong Parti Lain Yang Kalut – Nasrudin

Next Post

Kes Penolong Pegawai Perubatan Bunuh Kerani Disebut Semula 4 Feb

Related Posts

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

16/10/2024
0

KANGAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis bersiap siaga dengan kemungkinan banjir gelombang ketiga di negeri itu pada Jumaat...

36 Rumah Rosak Dalam Kejadian Ribut Di Perlis

36 Rumah Rosak Dalam Kejadian Ribut Di Perlis

23/06/2024
0

Kangar : Sebanyak 36 rumah mengalami kerosakan dalam dua kejadian ribut yang melanda Perlis hari ini, dan Jumaat lalu, menurut...

Next Post

Kes Penolong Pegawai Perubatan Bunuh Kerani Disebut Semula 4 Feb

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd