• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Penolong Pegawai Perubatan Bunuh Kerani Disebut Semula 4 Feb

oleh Ahmad Albab
05/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 4 Feb depan untuk sebutan semula kes seorang penolong pegawai perubatan yang menghadapi pertuduhan membunuh kerani sebuah sekolah agama di Bukit Pasir, di sini November lalu.

Majistret Mohd Syafiq Mustaza menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Shaarmini Arjunan kerana masih menunggu laporan bedah siasat daripada pihak hospital walaupun telah menerima laporan kimia.

Peguam Nahdan Rengganathan Abdullah yang mewakili tertuduh Zurailie Muhamaddu, 30, tidak membantah permohonan itu.

Tertuduh dihadapkan ke mahkamah pada 3 Dis tahun lepas dan hari ini ditetapkan untuk sebutan semula kes.

Zurailie dituduh membunuh Nurul Shahira Mohamed Yatim, 29, yang juga jirannya di Nombor 85, Taman Setia Kasih, Jalan Sungai Terap, Bukit Pasir di sini antara 2.05 petang dan 2.30 petang, 16 Nov tahun lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: kes bunuhkes mahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd