• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kepimpinan Adenan Mampu Tingkatkan Lagi Sokongan Kepada BN Di Sarawak

oleh Ahmad Albab
03/01/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kepimpinan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem dilihat mampu meningkatkan lagi sokongan rakyat Sarawak kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya negeri ke-11 nanti.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata pelaksanaan dasar baharu seperti penurunan kuasa untuk Sarawak, program-program pembangunan, serta keputusan menghapuskan tol di semua jambatan di negeri itu telah meningkatkan sokongan rakyat kepada Adenan dan Barisan Nasional (BN) khasnya.

“Saya menjangkakan undi popular BN akan meningkat kepada 55 peratus hingga 60 peratus pada pilihan raya negeri kali ini,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Pada pilihan raya negeri yang lepas, BN Sarawak yang diwakili empat parti komponen utama ketika itu iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) menang 55 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala pembangkang termasuk seorang calon Bebas mendapat 16 kerusi DUN.

Dr Jeniri yang juga pensyarah kanan di Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) berkata berdasarkan kajian yang dilakukannya, Adenan kini mencapai tahap popular hampir 84 peratus dalam kalangan rakyat Sarawak pada Oktober lepas berbanding 74 peratus pada April tahun lepas.

Bagaimanapun, beliau berkata isu-isu nasional seperti kenaikan kos sara hidup, cukai barang dan perkhidmatan dan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pastinya tetap menjadi isu pada pilihan raya negeri nanti dan BN perlu bijak menangani segera.

Namun beliau berpendapat, isu-isu itu hanya memberi kesan kepada pengundi muda yang banyak terdedah dengan maklumat tidak tepat dalam media sosial.

“BN harus bersedia untuk menangkis isu-isu itu melalui media tradisional seperti radio dan televisyen ataupun melalui media maya khasnya melalui aplikasi WhatsApp,” katanya.

Dr Jeniri turut meramalkan pilihan raya negeri Sarawak akan diadakan pada cuti persekolahan Mac depan sebelum mandat penuh DUN Sarawak berakhir pada Jun tahun ini.

Mengenai calon, Dr Jeniri yakin tiada “tangan ghaib” yang boleh mempengaruhi Ketua Menteri Sarawak itu dalam menentukan calon BN di 82 kerusi DUN nanti.

Beliau berkata selaku Pengerusi BN negeri, Adenan dilihat seorang yang konsisten dalam setiap keputusannya dan tidak mudah dipengaruhi mana-mana pihak.

“Pemilihan calon (yang akan diputuskan Adenan nanti) adalah atas dasar keyakinan kepada kebolehan calon selain mendapat sokongan parti, rakyat serta bakal calon pelapis untuk Sarawak dalam tempoh lima tahun lagi,” katanya.

Beliau berpendapat menerusi pertambahan 11 kerusi DUN yang baharu, BN dijangka menampilkan sekurang-kurangnya 21 muka baharu dengan mengugurkan beberapa penyandang atas beberapa faktor seperti prestasi dan kesihatan. – BERNAMA

Tags: Adenan Satemsarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menasihati orang ramai agar tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan yang mungkin...

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) memfailkan suatu notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan berhubung kerangka kawal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd