Thursday, November 30, 2023

Creating liberating content

Gempa Bumi Lemah Landa...

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi lemah berukuran 4.0 pada skala Richter melanda...

Kayveas Mahu Selamatkan Kerusi...

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Progresif Penduduk Malaysia, (MyPPP) Tan Sri M. Kayveas...

Pengeluaran Permit Kelulusan Bawa...

KUALA NERUS - Kerajaan sedang dalam proses mengkaji semula pengeluaran permit kelulusan (AP)...

2,148 Kes Baharu COVID-19,...

PUTRAJAYA - Sebanyak 2,148 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini dan ia jumlah...

KDNK Malaysia 2016 Diunjur Ke-13 Tertinggi Dunia – Bloomberg

NEW YORK – Lazimnya amat jarang benar agensi kewangan antarabangsa memuatkan sesuatu laporan positif mengenai ekonomi Malaysia yang kemudian menjadi rujukan popular portal berita propembangkang selama ini.

Namun, laporan Bloomberg pada 11 Januari lalu berhubung ramalan ekonomi terburuk untuk 2016 ternyata amat mengecewakan media antikerajaan yang harap ada bahan sensasi untuk mengkritik dasar pemerintah Malaysia.

Berdasarkan kajian agensi ternama yang diasaskan pada 1981 itu malahan menunjukkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bakal berada di tangga ke-13 paling tinggi di dunia untuk sepanjang tahun ini.

Dengan peluang kemelesetan ekonomi Malaysia dianggarkan 10 peratus sahaja, Bloomberg meramalkan enam negara yang dijangka mengalami KDNK terburuk iaitu Venezuela, Brazil, Greece, Rusia, Ecuador dan Argentina.

Ironi, Bloomberg menjangka dua negara yang dianggap pembangkang Malaysia konon sebagai ekonomi contoh iaitu Taiwan dan Ukraine sebaliknya diunjur akan mengalami kegawatan iktisas masing-masing 55 dan 60 peratus

Bloomberg dalam pada itu menjangkakan Amerika Syarikat, Kanada, Korea Selatan, Britain, Australia, New Zealand dan sebahagian besar negara Eurozone memiliki peluang lebih tinggi untuk meleset berbanding Malaysia.

bloomberg

Dalam senarai kajian terbaharu Bloomberg itu, India diramal mencatatkan KDNK terbaik lebih 7 peratus, manakala di peringkat rantau Asia tenggara, ekonomi Malaysia diunjur hanya berada di belakang Filipina dan Indonesia.


Di sebalik harga minyak mentah global jatuh 75 peratus daripada AS$110 kepada hanya AS$30 setong, Malaysia diunjurkan amat mustahil untuk jatuh muflis atau langsung menjadi negara ekonomi yang gagal sama sekali.

Hakikatnya Malaysia masih boleh meneruskan momentum pertumbuhan ke-13 tertinggi di dunia pada 2016 waima pembangkang kecoh bising konon kerajaan negara ini tiada sumber kewangan cukup bayar gaji kakitangannya.

Untuk rekod, laporan Bloomberg sebelum ini juga adalah tepat apabila membuat unjuran KDNK Malaysia bagi 2015 tetapi enggan diterima oleh pembangkang kononnya ia cuma andaian ‘bodoh’ oleh agensi terkemuka itu.

Mungkinkah ramalan positif KDNK Malaysia bagi 2016 sekali lagi bakal dipandang sinis oleh pihak pembangkang konon Bloomberg juga adalah ‘kroni’ untuk kerajaan Malaysia yang bekerja sebagai tukang bodek semata-mata.

Atau portal propembangkang akan ‘pusing’ kisah unjuran terbaik Malaysia itu konon laporan Bloomberg tidak sehebat Wall Street Journal yang lebih suka siarkan cerita rekaan entah apa-apa daripada sumber mereka sendiri.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA / Laporan asal Bloomberg sila klik pautan ini Meet 2016’s Worst Economic Performers.

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori